Melepaskan satu persatu tanggungjawab, melatakkan satu persatu amanah, menunjukkan langkah demi langkah kepada pimpinan baru, dan percaya satu hari nanti saya akan meninggalkan mereka. jadi, saya mahu semuanya diturunkan dengan baik, dan sepenuh kefahaman.
Debaran itu terus menerus. serasa seperti esok tiada lagi untuk saya, dan saya harus segera. Segera menyelesaikan tugas saya. sesempurna mungkin, sesegera mungkin.
Ya, meninggalkan. saya akan meninggalkan mereka, dan saya takut, saya tidak dapat memantau mereka lagi, jadi, jika boleh, peluang yang ada dalam masa yang mencengkam ini saya gunakan sepenuhnya. Saya perlu 'menyediakan' mereka ketahanan, dan panduan bila saya tiada nanti.
Meninggalkan, hakikatnya, bila-bila kita akan meninggalkan mereka dan seluruh isi dunia. bila-bila masa saya akan 'ditiadakan' oleh Dia. Itu hakikat sebenar yang selalu kita lupa. sepatutnya perlu bersedia bila-bila masa.
dan terfikir, mungkin sekarang , 'tiadanya' saya adalah sesuatu yang bersifat sementara, bagaimana jika ia bersifat kekal? Adakah benar saya sudah menyampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan? apakah benar mereka terima semua yang sepatutnya mereka berhak terima?
saya harus segera, kerana tiada siapa tahu, esok adakah masih milik saya. Ya, saya harus yakin, Dia sentiasa bersama mereka.
Permudahkanlah, Ya Allah, permudahkanlah!.
p/s-berdebar countdown untuk esok-
No comments:
Post a Comment
abjad yang tertaip