Ini adalah entri serius.
Tiba-tiba terfikir dan berada di hdapan laptop, terus saja menaip.
"apakah yang terjadi apabila Ustaz Fadzil Noor ada lagi?"
Saya bukan pengibar mana-mana bendera dan taksub mana-mana warna. Pendapat saya ada yang ketiga selain dua warna.. Sangat jumud pemikiran seseorang itu jika hanya berfikir ada dua warna saja politik ni.
"kau tak sokong A, mesti kau sokong b"
saya akan balas semula. "kau dari zaman batu mana ni?"
maaf agak kasar. sekarang ini, setiap sokongan perlu ditimbang dengan rasional, bukan membuta tuli ikut saja. Perlu selidik dahulu. Hari ini mereka benar, esok belum tentu terus benar.
Sejak kecil saya membaca akhbar tersebut. dan dari kecil saya sudah kenal semua tokoh-tokoh politik dari sebelah hijau. Dalam usia sekolah rendadh saya rasa saya sudah faham siapa salah. kononnya. ya, saya baca dari muka surat hadapan sehingga belakang,tidak tertinggal. apa lagi bila ayah saya melanggannya tidak putus setiap bulan. Tapi abah bukanlah mereka yang istiqomah ke ceramah-ceramah mereka.Mungkin saja abah sudah muak dengan tipu jual beli akhbar negeri, lalu alternatifnya adalah akhbar haraki itu.
Dalam usia dua belas tahun, saya sudah boleh menghafal nama-nama penting dalam parti itu. Sampai ada seorang guru ini saya pernah bertanya, "cikgu adik beradik kah dengan dia? nama bapa cikgu sama"
Setelah hampir sedekad, seiringnya bertambah usia, kita boleh menggunakan akal dan pertimbangan (ketika ini, abah pun sudah berhenti melanggan). Saya sangat yakin dengan sirah-sirah yang saya baca. Rasulullah tidak pernah bersama-sama dengan orang kafir dalam langkah-langkah perjuangan baginda. Menyingkap kisah Badar Kubro. sebilangan kafir Madinah ingin menyertai peperangan itu, kerana mengejar harta rampasan. Lalu Rasulullah, tidak menerima sesiapa pun jika mereka menurut berjuang tanpa syahadah. Lalu saya lihat,siapa pun yang memerintah, jika mereka pernah mempunyai syahadah, lalu agama saya terjaga (meskipun hanya dalam tulisan undang-undang, dari tiada?) saya akan menyokongnya. Soal akidah tiada kompromi.
Saya sangat mengkagumi Presiden mereka ketika itu. Ya, Dr Fadzil Noor. saya masih ingat, beliau melawat ke Palestin, dan menubuhkan sekolah di situ. Mungkin nama sekolah itu bersempena nama beliau, saya sudah tidak dapat mengingat dengan baik. Bagi saya peranan sebagai ketua itu terserlah, dan beliau sangat cakna dengan nasib umat Islam sedunia. Isu-isu Islam dan muslim menjadi perhatiannya. Banyak lagi perjuangan beliau yang jelas kerana Islam dan kesatuan. Entah kenapa saya terfikir, mengapa anaknya Ust Fauzan tidak menjejaki ayahnya. Bahkan baru-baru ini saya mengikuti perkongsiannya mengenai wasatiyyah dalam berpolitik.
saya juga kenal dengan Nasharuddin Mat Isa yang ketika itu ketua pemuda parti ini. Beliau adalah anak didik ustaz Fadzil noor yang asli saya kira. Penyataannya matang dan jelas. Tarbiyahnya tercetak kemas. saya memerhati sejak parti itu mengalami kecelaruan fokus apabila berganding bahu dengan satu kesatuan bukan Muslim. Saya lihat semua pengikut totok mula hilang fokus, apa lagi bila disertai oleh pemuda-pemuda yang bertuhankan semangat daripada rasional dalam tindakan mereka.
Obsesi warna dan simbol membutakan isi dan misi sebenar mereka.Perjuangan lebih kepada simbol-simbol dan warna-warna. Pertimbangan akal yang ditarbiyah Islami itu seperti angin lalu. Maaf. mungkin juga mereka hanyalah pengikut semata-mata. Saya percaya mereka yang ditarbiyah tidak akan berakhlak sedemikian. Sehingga isu akidah dan Islam boleh diketepikan.
Saya melihat apa yang terjadi kepada Ust Nasharudin ini menunjukkan beliau sememangnya pejuang Islam yang jelas hala tujunya
."Saya dididik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan. Di dalamnya ada aqidah, perundangan dan akhlak,
"Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia bertemu beliau di mahkamah" begitu tegas kata-katanya.
Entah kenapa saya sedih bila ada yang kasar bertutur "Tak lama lagi senasib lah dengan Hasan Ali"
Ya Allah. Apakah yang hendak ditegakkan jika Islam bukan lagi nombor satu? Apa yang kamu mahu kejar?
Saya harap isu ini membuka mata semua orang, apa sebenarnya agenda utama si kafir yang sebenarnya terus-terusan memusuhi Islam dan tidak memberi peluang langsung kepada muslim. Cukup-cukuplah ditipu. Cukup-cukuplah berkelahi. Bersatulah atas satu syahadah.
Ingin saya tegaskan (lagi) di sini, berpolitiklah dengan akal 'sihat' dan bukan kolot dan jumud dan penuh obsesi. Jangan biar Si Kaduk pun ketawakan kita bila mendengar "jika kau bukan di sini, pasti kau di sebelah sana." Berhenti berfikiran tertutup sebegitu. Tak guna negara sudah merdeka berdekad lama, tapi fikiran tak sebebas mana.
Oh ya, salam Aidilfitri.
p/s: apsal kau emo pagi-pagi raya ni?
No comments:
Post a Comment
abjad yang tertaip