Tuesday, January 24, 2012

Kelas yang sudah sepi itu ditinggalkan. Ya, bangunan akademik sudah pun sunyi. tadi pagi,

Monday, January 23, 2012

pertama: trauma

biarkan ini idea pertama, aku sekarang sedang brainstorming. untuk membebel di blog-blog aku yang dah ada, susah pula nak beri label untuk idea untuk projek aku. ceh!

baik mari berbahasa dengan sopan.

CERITA


ini cerita aku ketika aku kecil dahulu. kecil? ya, kecillah jika ketika itu aku di sekolah rendah. ya. masa aku di sekolah rendah, aku selalu berbaris di hadapan sekali. masa perhimpunan akhir tahun, kami pelajar, biasanya akan bersalam-salaman dengan barisan guru-guru. dan bila aku pada setiap tahun akan bersalaman dengan guru kelas aku yang pertama, Cikgu Zaleha. dia seperti biasa akan tersenyum dan berkata.

 "kamu macam dulu lagi, masih di hadapan, dan selalunya tetap paling kecil" dia lalu memeluk aku, aku selalu juga terasa hati, kerana dia mengatakan aku masih kecil, walhal masa aku darjah enam dah rasa diri besar sangat.

okey berbalik kepada cerita sebenar. aku pernah diajar oleh seorang guru yang ramai dikatakan orang sebagai guru yang sangat baik, dan berdedikasi, dan best dan sewaktu dengannya. aku, yang percaya, bukan dilahirkan untuk mengira, tetap juga tidak meminati mana-mana guru pun yang mengajar subjek kira-kira, atau pun matematik. tidak adil? tapi aku itu kan, masih kecil.. ceh!

ternyata, bukan guru yang patut disalahkan, tapi akulah yang degil tidak mahu berkompromi dengan  nombor-nombor.

ceritanya begini. ini cerita budak naif yang kasihan.

aku dan kawan-kawan aku diminta membuat satu tugasan, latihan lah senang kata. ada, lah main kira-kira, dan jawapan aku itu, aku garisi dengan pen merah. lalu aku pun hantar. konon-kononnya seronok kerana dapat taat, dan menghabiskan latihan itu.

"siapa punya buku ini?" tanya beliau bila semua buku telah terkumpul di atas mejanya. okey, sebenarnya aku dah lupa dialog sebenar. jadi ini dikirakan fiksyenlah.

aku terkebil-kebil.perlukah aku mengaku. muka cikgu biasa saja. aku pun mengaku.

"kenapa kamu garis guna pen merah?"

ini bukan pen merah aku


aku memandang kawan ku disebelah. rasanya aku biasa nampak kawan-kawanku menggunakan pen warna tersebut untuk menulis. er..

"Saya tak benarkan awak guna pen merah! untuk pengetahuan kamu, pen merah hanya untuk cikgu!"

aku tak tahu kenapa, aku rasa sangat takut, dan er.. rasa sangat tak best. di hadapan kawan-kawan aku, yang sampai kini aku tak tahu kesalahan aku itu besarkah, atau kecil, atau ia mungkin hanya sebesar planet marikh? sehingga aku dijerit kuat begitu. oh ya, aku kan duduk di hadapan sekali, betul-betul depan meja guru. jadi frekuensi suara guru itu, memang cukup untuk gegendang telinga ku bergoncang lebih baik berbanding mereka yang duduk di belakang aku.

sejak hari itu, aku tak pernah punya pen merah, pen merah yang ari itu aku gunakan, aku tak pernah guna dah. rasanya ia tetap di dalam pensel case sampai buruk tak pernah difungskan oleh aku.

walau pun ketika guru-guru meminta aku menanda kertas untuk mereka, tetaplah aku tidak menggunakan pen merah. terus-terusan kata-kata 'pen merah hanya untuk cikgu' bermain difikiran ku, walaupun aku patut belagak seperti cikgu bila menanda kertas jwapan peperiksaan itu, aku tetap tak boleh. aku akan gunakan pen hitam, pensel, atau paling-paling lain pun, aku gunakan pen ungu. biasanya pen ungu dapat menyelamatkan aku dari kena marah sebab tak guna pen merah.

mungkn sebab itu jug aku suka warna ungu, sebab ungu dapat selamatkan aku selalu.

tapi, masalahnya, aku tidak pernah guna pen merah sehingga hari ini, walau zaman atau kisah itu berlaku entah sedekad dahulu.

"ada pen merah?'

aku geleng. aku tak pernah punya pen merah sejak hari itu. sekolah menengah, matrikulasi, dan sekarang universiti.



lalu suatu hari, tak, dalam dua hari lepas, bila salah satu kawan aku bertanyakan hal ini, dan buat sekian kalinya aku menggeleng, lalu kawan aku yang lagi satu berkata.

"itu namanya kau sebenarnya dah trauma. trauma pen merah"

aku terkesiap. aku? trauma?

Trauma Pen Merah.

"wah, boleh  buat tajuk novel" kata aku menutup rasa dalam hati. hakikatnya aku susah untuk mengakui yang aku menjadi mangsa trauma. kalau bukan trauma, kenapa aku tak pernah mengadakan pen warna itu dalam senarai harta aku?

kenapa?

aku bukan guru jadi aku tak boleh gunakan pen itu.