Thursday, November 8, 2012

Resensi "Urusan Cinta Belum Selesai~Imaen"




Wah! dalam masa beberapa jam saya dapat menghabiskan novel yang memangnya baru diserahkan oleh encik posmen. Kiriman hadiah tau, bukan beli sendiri. Sisa senyum pun masih ada lagi ni.

Buka saja buku, saya sudah takjub dengan kertas kuning itu. Wah, lama sungguh tidak jumpa buku bahasa Melayu seperti ini. Akhir sekali saya jumpa ialah semasa sekolah rendah dahulu, buku karangan Enid Blyton-pastilah terjemahan! dan terus saya dekatkan dengan hidung. Hm..unik sungguh baunya!

Saya sebenarnya mengejar plot. Awal-awal lagi sudah diperkenalkan dengan Danel dan kawan-kawannya-si Raja bersiung-hauskan darah. Lalu saya tertanya-tanya, apalah kaitannya dengan hero cerita ini-Rauf.

Seperti biasanya watak hero 'keluaran' Imaen memangnya begitu. Lelaki yang segan mahu mengaku soleh, sebab walaupun selalu pergi  masjid, dating dengan perempuan ramput perang pun bukan kadang-kadang. Nak mengaku alim pun tak boleh juga sebab, berjiwa rock kapak yang boleh dikumpulkan sebagai- lelaki millenium terperangkap di zaman The Beatles.

Latar belakang UM-jurusan ekonomi pastilah tak ketinggalan. Ya. Itu pun, dia,kan?

Penulis ini egois lah. Pendapatnya saja yang betul. Okey, sebenarnya sayalah pencari pasal bila tetap juga memilih buku ini sekalipun sudah melihat sebaris kata di kulit depannya 'mari raikan perbezaan pendapat antara kita'. Sebetulnya saya dah tahu, pendapat yang di masukkan dalam kurungan itu adalah fahaman politik lah.

Tapi, sebenarnya dia tidak meraikan dengan seadilnya pun pendapat yang lain.Pendapat dari watak Cinta itu sepertinya mudah-mudah saja diperkotak-katikkan. Belum boleh naik taraf sebagai RAI yang digembar-gemburkan di sampul novelnya pun.

 "Eh, kamu mahu menongkah pendapat dia, tulislah buku sendiri?"


Yalah. Tahu. Tapi saya tetap tak setujulah bila dia mengatakan kerjasama dengan Cina itu tidak bahaya. Dan tak fahamlah bila perjuangan agama pun perlu dikaitkan dengan bangsa. Tiada siapa pun kata bangsa kita lebih mulia, dan tiada siapa pun menghinakan Cina yang beragama Islam. Ya. Saya rasa mahu saja (kalau dia baca-baguslah) suruh dia selak Surah Al Imran, ayat 58.


"Janganlah orang-orang berIMAN, menjadikan orang KAFIR sebagai pemimpin, melainkan orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia TIDAK akan memperoleh APA PUN dari Allah, kecuali (siasat)  menjaga diri kamu dari apa yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (seksa)-Nya. dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali"


jangan kan nak buat pemimpin, buat kawan pun berhati-hati. Lagikan kawan separti.



"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang yang DI LUAR kalanganmu (seagamamu) sebagai teman kepercayaanmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. . Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh telah NYATA kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih JAHAT. Sungguh Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu mengerti"
Surah Al Imran 118.

Nantinya ada yang membalas,"macamlah Parti sebelah sana itu, tiada kafir?" 


Yalah, siapa pula kata saya ni dari  parti sebelah sana. Saya ini cuma peminat sejarah nabi-bab hijrah. Kan Nabi s.a.w  tu menyatukan muhajirin dan Ansar? kenapalah nabi susah-susah satukan mereka dahulu,kenapa tak terus-terus tubuhkan negara Islam? Atas dasar apa mereka bersatu? atas dasar bangsa? eh, Salman Al Farisi itu orang arabkah? Atas dasar politik? Siasah tika itu tidak kibarkan bendera yang berbeza warna lagi lah! Ya! mereka bersatu sebab mereka kan SATU akidah. 


Tak bolehkah, isu akidah, isu murtad, isu hudud ini yang semuanya jika digabungkan, ia adalah isu ummat, dan agama Islam, semua orang bergabung! (baca:semua muslim). Kalau salah katakan salah, biar dari mana pun pendapat itu dilaungkan, kalau dah menentang syariat, menggugah akidah, tetap juga salah. "Eh, dia sama bendera dengan aku, mestilah dia betul".  Oh? begitukah?

Ya, maaflah, memangnya tiada isu akidah pun dalam buku ini, tapi, entah, emosional pula nak tulis.

Saya tahu benar. mungkin begini, penulis hanya berlindung disebalik tajuk-tajuk buku cinta bagi membenarkan pendapat politiknya di baca. yalah, kalau dia buat buku 'Urusan bangsa dan parti, tak pernah usai' pastilah penerbit pun malas mahu ambil risiko. Sebab itulah juga saya memilih buku tulisannya, sebab dalam buku dia saja yang ada politik dalam novel cinta.

Berbalik kepada cerita (tajuk entri kan resensi),

Inti cerita sebenarnya berkenaan cinta tiga segi. Rauf-Cinta-Manisyah. Yang pastinya, Manisyah ini macam kembar kepada Cikgu Murni dalam novel sebelumnya. Penulis selalu menghitamkan watak perempuan kedua dengan ciri bukan perempuan solehah asli, tiada pendirian, hamba trend dan selalunya memang sengaja memerli gadis-gadis tipikal asli Melayu. Oh, saya sekali lagi sedang komen penulis, bukan novel. maaf-maaf.

Cerita ini memang anti saspens, baru nak tertanya-tanya- Hero matikah...ketika bab Danel mengamuk sebab Rauf ambil cinta hatinya-Cinta,mereka berbalas tembakan di gerai buku ceritera.  Terus saja,bab lanjutnya, ayat pertama adalah

"Rauf tak mati.."

Lah! Saya tepuk dahi. memang sengaja.

Mahu tahu Rauf dengan siapa, bolehlah baca sendiri buku ini.

Saya sedar sesuatu. Penulis tidak mampu betul membawakan angin utara yang asli. Memanglah latar sudah nyata Sungai Petani, tapi 'rencahnya' tak cukuplah. Saya juga makin menyedari, gaya bahasa penulis kini sudah tidak seasli ketika dia baru-baru menulis Labirynth dahulu. Banyaknya seperti sudah tercelup dengan gaya editornya: Noor Suraya. Ha lah. Penulis seperti orang Timur yang mahu menjadi orang Utara. Tak hairanlah kalau kalian menjumpai watak penulis sendiri dalam novel ini. Betullah itu.

. 'Rosdi cakap Kedah pelat Kelantan. nak tahu macam mana kena dengar sendirilah'  (ms 123)

 Tiba-tiba saya jadi teringin mendengar gaya seperti apakah encik penulis berkata-kata.

Pendek katanya, novel ini bukan novel cinta happy ending semata. Saya suka dengan isu 'sastera itu milik siapa' dan sindiran tajam untuk hamba gadget buat lelaki dan hamba trend, buat gadis. Umumnya semua pun terkena.Ya. Begini saja resensi saya. Maaf untuk penulis. Atau sesiapa saja yang terasa. Kalau dulu kita guna lidah tidak bertulang,bolehkah sekarang guna, keyboard tidak berperasaan?