Tuesday, June 24, 2014

Ikim, low yat dan lorong haji taib

Semalam punya cerita. Pergi ikim
Dgn segala ketensionan. Semoga bos tak dengar. Ikim diakhiri dengan frasa baru "jgn patahkan tombol" terkezut den.
Mencari lowyat terjumpa lorong haji taib. Dan cho kid road. Seram juga. Kemuncak kesesatan adalah dataran merdeka. Ok sekian

Tuesday, June 3, 2014

Sindrom Zombie

Saya ada banyak masalah. Masalah yang makin lama, terbiar, tak terselesaikan-gara-gara berpura-pura sibuk. Ya, sangat sibuk. sampaikan bila saya duduk diam-diam, saya terfikir, apa yang saya sibukkan ya?

Ya. Selepas beberapa hari menjadi semakin tua dengan angka yang signifikan, saya mula menyedari, saya telah menghidap satu sindrom.
Saya pun tak tahu, mahu menamakan sindrom itu sebagai apa. Yang penting ia membuatkan semangat saya menjunam jatuh.

Melihat dunia yang besar, membuatkan saya terasa kecil sangat untuk melangkah.

1-Design.
Saya merasakan saya sudah boleh design apa yang saya fikirkan, sehinggalah saya menjumpai orang-orang yang hebat. Melihat kembali pada diri, secubit kuman sahaja! tahun 2009 mula mendesign? saya baru pandai ketik papan kekunci. Jadi, jujurnya saya sudah tidak enjoy, setiap kali saya mendesign, saya terlihat jeliran lidah-woi newbie! apa sangatlah apa yang saya buat ni. Apa pun tak tahu. Sedangkan di hujung sana, mereka menunggu saya "Bila kau nak buat next job?"

Rasa macam looser! Apa pun tak boleh buat!

2-Lukis
Dahulu, melihat lukisan orang, saya akan terfikir, aku boleh buat baik daripada ini.
Saya berjalan terus, lupa yang tangan boleh mengeras. keras dengan formula kimia, info bio, fakta fizik. dan semua terkubur. Dan saya tersedar, bila melihat dunia, rupanya besar. saya juga yang terus begitu. kecil dan mengecil. bila saya cuba memegang semula pensel, ternyata orang akan tanya "kau conteng apa?"

3-Menulis.
Melihat buku daripada perspektif yang berbeza membuatkan ketakutan itu menjadi besar. Sedangkan ramai orang berkata-setengah perkara akan berjalan lancar bila kita memulakan dengan mata yang terpejam. masalahnya saya tak boleh lupakan semua cerita di sebalik sebuah buku. cerita semua buku sama, pasti ada yang menyuntingnya. Ada perih di sana. JAdi, semua terperuk saja. ya semua tulisan saya itu.

Pengetahuan dan kesedaran serta pengalaman membuatkan kita lagi takut untuk terus melangkah? sindrom apakah ini?

BErikan saya satu dos doa, supaya saya kembali normal.
Saya mula percaya rupanya zombie itu wujud. Kalau kamu berjumpa saya dengan membawa sayur, jangan hampiri saya. Nanti habis sayur kamu digigit.


Monday, March 3, 2014

Travelog jakarta-Versi melompat-lompat, tak ikut urutan -Hari ke-3

Bebek Ireng

"bebek tu apa?" Ustaz Mursyid a.k.a bos travel aku bertamya bila kami menyebut-nyebut nama hidangan itu. 

"bebek tu sejenis ikan ustaz"

"o, sama la bebek dengan ebek?" dengan naifnya ustaz bertanya.
aku dah tahan gelak, sebab aku orang yang baik, aku pun terus potong dengan kata
"tak lah tipu je"
"Tipu je?" ustaz menempik terkejut,kerana aku berani mengenakannya

"bebek tu itik" ujar bos ku yang lain. Adeh, tak sangka bos yang garang senang tertipu dan naif benar. ahaha..

Tapi, balasan Allah amat dekat, orang yang menganiaya, akan mendapat balasan dengan  segera. Pagi ini aku ulang-alik tandas. Sakit perut!

Aku dah agak dah, sambal semalam, pedas sekali! Tapi terus-terusan juga aku makan, sebab sedap sangat!

Baiklah, mahu kerja dahulu

Friday, December 20, 2013

Doodle on the so called wall

Hanya Tuhan yang tahu, perasaan saya untuk mendoodle di atas dinding. Apa lagi selepas melihat visual-visual doodling on the wall.


Hhaaah!! Saya tak tahan, saya nak masuk pertandingan tu, sahabat saya tak bagi, masalahnya dah menggeletar nak melukis.

dua malam saya dah bayangkan lukisan saya diabadikan di atas canvas. Last sekali saya tetap tak dibenarkan melukis di merdeka square nanti.

dan saya nekad. cuti separuh hari yang saya ambil, saya betul-betul gunakan. rumah kosong. tools yang tak seberapa, yang saya jumpa, saya degilkan,-walaupun dikatakan sebagai tools yang salah- saya teruskan juga.

part pertama adalah, bagaimana nak melukis di atas dinding? dinding manakah yang akan menjadi mangsa? langkah pertama adalah mengADAkan dinding mudah alih. Ini rumah sewa, mahu mengamuk tuan rumah, menengok rumahnya hancur. itu belum lagi kira rumet yang kut kut tak suka contengan saya. 

Canvas kononnya
Siap!! Nak beli canvas? memang tak. Saya curik banner program yang dah digunakan,-bukan banner sapa pun, saya jugak la yang buat banner tu- dan bentangkan di dinding. untuk menggantungnya saja, dah satu jam. berat betul banner ni.  lepas gantung saya tak sedarkan diri di hadapan 'dinding' putih sebesar 6x4 kaki ini. tertidur.

Nak lukis apa? Saya ada sketch, tapi tak siap, sebab jiwa tak betul. rebel.

rough sketching


Hanya itu yang sempat di sketch, dan saya tak sabar untuk menunggu sehingga sketch ini siap, saya terus realisasikan atas canvas


 Dan dengan perasaan bercampur baur
1-geram: sebab tak dapat nak masuk battle doodle.
2-excited: tak pernah melukis atas dinding!!
3-malas: sebab besar sangat.

pensel saya keluarkan dan tarikan. gasak la!!

tak menunggu-nunggu,  outline terus saya tindan dengan marker, berapa tindanan entah, sebab diameter pen tak cukup besar. inilah yang dikatakan oleh sahabat saya, tak cukup tools.

Bila outline dah siap, coretan saya tak simetri, walhal ciri utama khufi ialah simetri. sukatilah... Semangat saya merundum jatuh. 
 saya berhenti sebentar, fb sekejap, google sekejap. dan sambung.

sampai satu tahap, saya mula menggunakan brush, yang kali terakhir saya pegang dan gunakan atas canvas adalah 3 tahun lepas!! 

Wah! I got the feeling. 

Saya terus berada dalam dunia saya. Mulanya saya tengok juga sketch book saya, lama-lama, saya melepaskan diri dari 'ikatan' tersebut. melukislah dengan hati dan jiwa. merdekakan jiwa dan fikiran. wah! mula-mula tertekan juga bila brush itu tak menurut perintah. selama ni guna marker saja. bila guna brush saya treat dia seperti marker juga, manakan sama! Sampai ketahap kedua-inking part2 kulisan tu,i get used. wah!! Suka brush! 

I love the way the brush stop at. Ini antara bahagian kegemaran saya. saya teringatkan sahabat saya yang bermuram durja kerana kekalahan harimau malaya semalam. 



nampak tak stroke yang tak meyakinkan tu? saya anggap sajaa sebagai seni. ahah!




Snake Tail 
Kawan saya kata, kalau suatu hari nanti dia jalan-jalan dan nampak ada bahagaian ini, dia tahu siapa pelukisnya. haha!! ini trademark saya. memang tak kemas, berus itu lembik sangat dan saya keras. saya akan terus berlatih menggunakan berus!! BErlatih dan bersemangatlah!!

part ini sudah tiada idea, jadi ini stroke bebas.


Ada bahagian yang saya memang tiada idea, dan hanya lukiskan untuk memenuhi ruang.

Bahagian gembira. Bila melukis bahagian ini, saya rasa bebas. dan gembira.



saya boleh kembali ke gaya doodle yang biasa saya buat, jika tidak dalam tema zentangle. tapi gaya yang saya suka ini, perlukan latihan yang baik, untuk diabadikan di kanvas sebesar ini. dan kena fikir, untuk zentangle begini, saya hanya mengikut tarian jemari, dan fikiran. pergh!!

dan! akhirnya, selepas 2 jam lebih sikit, siaplah!!

Kufi. 
Ada sesiapa boleh baca? ia bukan sekadar lakaran non sense. Cuba baca betul-betul. Ya, ia boleh dibaca!

zoom in.
Canvas dah diturunkan dari dinding, kalau saya duduk bilik ini seorang, tak mengapa juga,kenalah hormat yang  lain. kalau diikutkan saya mahu tidur dengan canvas ni,-tapi bau banner ni busuklah pula-

tengok lama mana pun tak bosan. -untuk masa dua hari ni lah- kembang saja jiwa.

Puas!!! puas hati. walaupun ramai kata "ini kerja gila!!" Yalah, gila. saya ambil cuti half day hanya untuk buat ini?? 

Rasional apa. Saya tak boleh melukis dalam keadaan bising, ada orang kat tepi-tepi. komen itu, komen ini. - Haih! macam manalah nak bertanding di khalayak ramai ni??- JAdi, saya buat ketika rumah ini kosong. jam 7.24 malam siap! rumah dah mula bising, dan idea sudah tertutup. Menjerit satu rumah melihat kegilaan saya.Dan saya pun merasakan saya ini gila. Apa pun puas hati. dan saya rasa juga gembira,walaupun tak dapat bertanding nanti, saya rasa juga seperti ini  "feeling like an artist!"

Feeling like an artist!
Bukan artis penyanyi tu, artis pelukis tu,okey? no.. no, nak claim diri sebagai doolist lah? boleh? perasannya awak ni!


Moral of the story, tak, tak, moral yang saya dapat selepas buat ni, saya sedar, yang saya masih kena banyak belajar, dan meletakkan keyakinan diri tu berpada-pada. Orang yang nak bertanding esok tu, kerja dia memang hari-hari menghadap canvas. aku ni baru menconteng kat kertas, dah ada hati nak lawan depa? buat malu diri sendiri saja.  Bila saya lihat balik, saya hanya menggunakan 4x4 kaki sahaja. 2 kaki lagi terbiar. dan masa yang saya perlukan lebih dari satu jam. lepas tu, tak touch up lagi, senget sana, senget sini. 

Saya ambil iktibar dengan kata-kata dia. setahun lagi saya dah oleh jadi pro!!hahaha. dia tu suka buat saya terlambung ke langit. 

Saya akur dengan kata-kata sahabat saya. Tahun depan saja kami masuk bertanding. duo player. what say you?


i have my passion. and this is my new passion. 




Friday, August 30, 2013

Kecil jiwa

"orang-orang macam kita, kalau ndak ada mimpi, kita sudah lama mati"

tiba-tiba terasa nak quote kata-kata watak dalam cerita sang pemimpi. er.. alamak dah lupa.

Entah lah. Sebenarnya saya sedang berjauh hati, berkecil hati dan semakna dengannya.
Saya rasa, saya dah tak ingat bila kali terakhir saya berasa begini.

Pulang dari  kerja, saya menghabiskan 3 ringgit keropok lekor seorang diri, dan seplastik kacang. Entahlah, mungki bila menyedari saya bukan puak kanibal, saya cuba mengubah selera saya. Mereka mangsanya.


bersepah, ada aku peduli?


Makan untuk hilangkan stress? saya dah lama tak buat begini.

Tapi, bila difikirkan semula, hanya orang-orang yang berjiwa kecil sahaja yang berkecil hati. Orang-orang yang tidak berpandangan jauh sahaja yang hirau dengan perkara-perkara kecil. 

Selepas mendapat panggilan yang hasil kerja saya di reject, saya diam. Ini bukan kali pertama, tapi entah kenapa hari ini saya tak dapat bertahan. Meleleh juga lah disisi pintu kaca tadi. Mujur saja rakan sekerja tak terlihat. Tapi rasanya daus perasan saja apa yang saya buat. 

Jika sedari awal, mereka boleh buat, kenapa tak buat sahaja? kenapa mesti menyuruh saya? Lalu berkomentar segala. seterusnya menolak hasil kerja saya tanpa berbincang itu lebih menyakitkan. Saya tak tahu salah saya, dan mereka sewenang-wenangnya mengubah hasil kerja saya. Adakah mereka lupa saya juga manusia??

Ya, mungkin ia mudah, tapi itu kerja saya. saya betul-betul rasa terhina. Buat lah apa sahaja, saya tak pernah memuaskan hati mereka. Buruk sangat,kah? 

Saya tak mahu sentuh kerja yang membuatkan saya tidur hanya 2 jam itu pun dketepikan. Jadi, untuk apa saya bersengkang mata?? untuk apa??

Saya memang berjiwa kecil, kalau itu yang kalian mahu buktikan. 



Thursday, August 15, 2013

Sekilas

-i wish tomorow i can fasting as it is Ramadhan. but Ramadhan is over. hearing azan isya just now, I just want to riding to surau nearby to do the terawikh, and suddenly i remember, no more terawih today.


-apa yang awak rasakan bila keluarga kita ditimpa ujian adalah mahu selalu dekat dengan mereka.

-hak asasi manusia yang digembar-gemburkan oleh golongan liberalist ternyata seperti habuk, bila penduduk mesir yang tidak bersenjata menjadi mangsa tembakan, tidak seayat pun diperkatakan oleh mereka. tidak.

-memandu bukan satu pilihan. tetapi ia sudah jadi keperluan. sekalipun anda rasa ia adalah perkara terakhir yang mahu anda lakukan dalam hidup anda.

-saya masih lagi belajar menerima takdir.

-nasi ternyata bukan menjadi keutamaan bila anda sedang.. rungsing? . sehingga jam ini aku hanya minum sebotol kecil air jus oren, dan masih malas mahu mencari kabo atau protein. semoga saya kurus sebulan ini. amiinn. nampak juga hikmah ujina. ahaha.

-raya, menarik. itu saja.

Sunday, May 5, 2013

Nafsu buku

Banyak juga yang saya ingin tulis. Saya memang dah lama benar tak bersenang-senang menaip apa-apa yang saya fikir. Berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC kali ini membuat saya berfikir banyak bila sudah kembali ke rumah. Pesta kali ini memang benar-benar saya ber'pesta'.

Saya sendiri takut menjumlahkan wang yang saya belanjakan. bayangkan saja, satu booth saja boleh habis RM 100. dan ada satu gerai yang saya kunjungi sehingga dua kali. Senarai yang saya bawa, tak panjang mana. Sampai di sana, saya benar-benar seperti hilang akal waras.

 Benarkah ada orang yang tidak waras, boleh membaca buku?

 Setiap kali saya singgah ke mana-mana booth,sambil memegang buku yang saya jatuh minat, saya akan berfikir;
"Adakah saya bersama nafsu atau malaikat untuk menjadikan buku ini hak saya?"

Sedang saya tika itu sudah menyandang satu beg besar di belakang yang penuh dan satu lagi saya sangkutkan ke bahu saya(ysang sebenarnya dua beg yang sudah saya satukan). Benar. Adakah membeli buku ini sebahagian nafsu saya? atau adakah ia keperluan? adakah membeli buku ini membenarkan malaikat sebelah kanan saya mencatit, ataukah sebelah kiri yang tak menang tangan bekerja?

 Tapi untuk meninggalkan buku itu kesepian setelah saya genggam, memang menyakitkan.

 Sebenarnya saya kena bebel dengan ibu saya kerana memborong sebegitu banyak buku seperti saya baru lepas merompak kedai buku(walaupun tiada dalam sejarah dunia perompak berlari menggendong seguni buku)
 Akhirnya saya membuat satu kesimpulan, inilah kepuasan saya.

 Saya pernah menerima 'ceramah' percuma dari seorang penjual baju. Beliau mempertikaikan sikap sahabat saya yang berbolak balik ketika mahu membeli jubah jualannya.

 "Untuk apa adik kerja penat-penat kalau kepuasan adik tidak tertunai? kalau akak, rasa rugi bila kita boleh beli keranan mampu, tapi kita tahan. Duit dalam tabung, kita simpan, nanti kita guna juga. Tapi, tiada apa kepuasan yang kita dapat"

Saya pada tika itu,yang tak berminat dengan apa-apa barangan beliau pun, berfikir, "Apakah kepuasan pada aku?"

 Memanglah seperti tidak warak saja apa yang dimaksudkan oleh kakak itu. Sepertinya dunia ini memang untuk kepuasan diri saja. Sedangkan saya teringatkan kata-kata Ustaz Aznan- manusia tidak pernah puas dengan dunia sehingga tanah kubur masuk ke mulutnya.

 Takut tak?

 Lalu kemudiannya aku beristighfar. Sambil menyedapkan hati,diam-diam saya berbisik di dalam hati, saya hanya membeli buku sahaja. Tidak mengapa-ngapa,kan?

Saya bukan membeli baju atau kasut, atau emas,kan? Saya juga tak duduk-duduk menyedut Tutti frutti atau Snogurt yang lekat di lidah hanya beberapa saat saja itu,kan?

 Bukankah wahyu pertama adalah menyuruh kita membaca? Saya sangat berharap bisikan saya itu membuatkan malaikat pencatit kejahatan memadamkan amalan yang tadinya bersifat pseudo-nafsu.

 Kan? silalah angkat tangan untuk menyokong hati saya yang berbolak balik ni.




 
                                              Antara tangkapan yang masuk ke jaring.


Tangkapan paling menarik. 
(sempat jugaaa)