Wednesday, May 9, 2012

aku ada banyak impian.

bila aku buka beg, nampak buku kaedah jibril. aku rasa nak hafal qur'an
bukak emel ada iklan dbp, nak jadi penulis.

buka apa lagi?

hadei~

Monday, May 7, 2012

encik baju biru

HAri ini, seperti selalunya,aku dipesan oleh rakan untuk mengambil dia dari makmal yang jauh nun di atas bukit, malah jauh dari kediaman pelajar. (tapi dah dekat dengan kediaman unggas).

Start motor, lalu selambanya aku memecut ke kompleks makmal yang sehingga kini, aku pertikaikan, kenapa mesti makmal itu dibina jauh dari segala ketamadunan kampus itu.

Lalu, kawan aku pun naik, membonceng ke belakangku, dan saat itu aku tersedar, aku tak bawa helmet lebih. "tak mengapalah, bukan ada sesiapa pun yang nak naik bukit jauh-jauh begini." begitu kata hatiku.

Lalu, aku pun sambil sembang dan tertawa bersama rakan aku itu, melalui lereng bukit, mengaduk udara yang agak dingin lebh-lebih lagi, sejak pagi, matahari seperti merajuk untuk menunjukkan sinarnya. lalu, aku memilih untuk selesa dengan kelajuan 40km/j.

segalanya berakhir, bila tiba-tiba mata aku terjatuh pada satu susuk berjaket hijau 'bercahaya ketika gelap', yang biasa ditonton dalam serbuan dalam rancangan 999. aku tahu benar, itu bukan mereka si pembaiki jalan. bukan pula golongan menentang LYnas.

aduh! kenapa pula encik guard ni sampai naik ke bukit begini. dan aku bertambah tak keruan bila melihat kami, dia terus membuat pusing U. oh?

dengan tidak menunggu sesaat, aku pun pecut! bukan lagi 40km/j.serasaku meter itu sudah sepertinya mahu buat pusingan seganda lagi.

dihadapan kami adalah selekoh tajam, memang tak ubah seperti jalan naik ke cameron highlands. sejuk tangan aku, bila tiba-tiba ada kereta dari arah hadapan muncul dari celah bukit. Ah! biasanya jalan ini lengang saja, kali ini pula tiba-tiba rajin orang lalu...mujur aku dapat mengawal handle.

pedal motor terus aku pulas, tak peduli jalan yang bengkang-bengkok, saat itu satu aku fikir, janganlah jatuh,lalu selawat pun aku wiridkan cepat-cepat walaupun satu lintasan masuk dalam fikiran. sampai ke langitkah selawat aku, jika hari ini, pertama kali selawat diucapkan, itu pun bagi mendapat berkat dan aku tidak disaman?

sambil sesekali aku memandang cermin sisi. Sah! memang aku dikejar. jantung aku macam tak cukup oksigen mengepam udara. pada satu selekoh, aku tetap memecut dan tidak mengurangkan kelajuan walau sedikitpun, bahaya? rasanya ketika itu jika lihat Syafiq Ali, pelumba muda malaysia itu melihat aku pun, dia akan mengangkat dua tangannya menyerah, melihat gaya aku yang begitu. apa yang penting pada aku ialah, aku mesti lepas dari saman encik baju biru!

aku tetap juga tidak lepas mengawasi dari cermin sisi, nampaknya 'si baju biru' terpaksa memberi jalan kepada pemandu kereta tadi.aku tetap juga memecut sambil kawan aku kat belakang diam membisu. rasanya dia dah pucat.

sampai berdekatan dengan kolej kediaman, aku tetap juga tidak mengurangkan kelajuan, sakit badan aku penangan bonggol yang arajin betul diadakan di sepanjang jalan. minta maaflah motor, aku juga sepastnya menyakitkan kamu.

aku sebenrnya sudah menarik nafas lega bila encik baju biru itu tidak lagi kelihatan, namun tiba-tiba kawan aku mencuit pingang aku



"weh, depan tu wei!" aku cepat-cepat brek.

ya, sedia untuk membelok, tidak melalui 'gerangan' baju biru, sekali dalam sepuluh ela, aku ketawa! pastinya pada diri sendiri. entah siapa yang memakai sweater biru bertuli 'reebok' itu tetaplah jadi mangsa persepsi orang yang melakukan kesalahan, takut dengan bayang-bayang.

sampai di kolej pecah jugalah ketawa kami. lega sungguh, rasa macams selamat habis, bila berjaya membelok ke kolej kediaman tanpa diekori.
ya, pengalaman pertama dikejar polis kampus! memang menyeramkan. sampai bilik pun tetap jugalah tangan aku ni, sejuk macam baru pegang ais.

peringatan: ini bukan diari perempit jalanan, melainkan hanya seorang insan yang tak lepas dari melakukan kesalahan. (baik punya backup)