Tuesday, June 26, 2012

Lukisan dan kiriman surat

SAya ada beberapa cita-cita untuk hujung-hujung usia di kampus ni. Cita-cita? Rasanya tak tepat pun istilah tu.
Hasrat mungkin lebih tepat. Mahu melukiskan sesuatu untuk sahabat-sahabat sekeliling, kecil pun tak mengapa kan?  tapi, saya ini entah kenapa, lebih seronok 'merayau' dia maya sahaja. Haish.

Melukis itu perlu ada idea, dan idea itu bukan hadir begitu sahaja. Harus duduk, menekur kan? Dan rasanya kalau lukisan itu tak sempat saya beri berhadapan, tiba-tiba saya terfikir, melankolik tak kalau saya kirimkankan ia dan kembarkan dengan lukisan itu? lama sungguh rasanya tak dapat surat dari abang posmen. Bukan surat rasmi, urusan seri paduka baginda tu, tahu? dahulu kan selalu dapat surat dari sahabat nan kejauhan, semasa peti surat elektronik itu, tak popular lagi. Sekarang ini, urusan di pejabat putih belang merah itu hanya untuk urusan rasmi, yang tidak rasmi hanya layak di laman sosial kan?

Teringat dahulu kala, bila bungkusan dari rumah sampai ke hostel, yang saya kejar dahulu bukan barang makanan, tapi surat bonda saya terjah dahulu! Terasa tulisan-tulisan itu seakan membawa kita ke langit bahagianya! Buka peti merah elektronik tak sama dengan peti merah yang melekat di dinding pagar rumah.

(lamanya tak buka 'pintu' kotak merah itu).


haha. mesti orang kata kamu ni jiwa-jiwa sungguh! (pensyarah saya cukup marah dengan istilah jiwang) Bukan jiwa-jiwa, tapi sekadar menghargai encik posmen.

Baiklah, saya akan melukis bila saya sibuk nanti, masa lapang ini, buat saya lebih tidak terurus. hish! buruk perangai~

Wednesday, June 6, 2012

Andai esok!

Entah kenapa, saya rasa berdebar tiba-tiba. 

Melepaskan satu persatu tanggungjawab, melatakkan satu persatu amanah, menunjukkan langkah demi langkah kepada pimpinan baru, dan percaya satu hari nanti saya akan meninggalkan mereka. jadi, saya mahu semuanya diturunkan dengan baik, dan sepenuh kefahaman. 

Debaran itu terus menerus. serasa seperti esok tiada lagi untuk saya, dan saya harus segera. Segera menyelesaikan tugas saya. sesempurna mungkin, sesegera mungkin.

Ya, meninggalkan. saya akan meninggalkan mereka, dan saya takut, saya tidak dapat memantau mereka lagi, jadi, jika boleh, peluang yang ada dalam masa yang mencengkam ini saya gunakan sepenuhnya. Saya perlu 'menyediakan' mereka ketahanan, dan panduan bila saya tiada nanti.

Meninggalkan, hakikatnya, bila-bila kita akan meninggalkan mereka dan seluruh isi dunia. bila-bila masa saya akan 'ditiadakan' oleh Dia. Itu hakikat sebenar yang selalu kita lupa. sepatutnya perlu bersedia bila-bila masa. 

dan terfikir, mungkin sekarang ,  'tiadanya' saya adalah sesuatu yang bersifat sementara, bagaimana jika ia bersifat kekal? Adakah benar saya sudah menyampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan? apakah benar mereka terima semua yang sepatutnya mereka berhak terima? 

saya harus segera, kerana tiada siapa tahu, esok adakah masih milik saya. Ya, saya harus yakin, Dia sentiasa bersama mereka. 

Permudahkanlah, Ya Allah, permudahkanlah!.

p/s-berdebar countdown untuk esok-