Thursday, November 8, 2012

Resensi "Urusan Cinta Belum Selesai~Imaen"




Wah! dalam masa beberapa jam saya dapat menghabiskan novel yang memangnya baru diserahkan oleh encik posmen. Kiriman hadiah tau, bukan beli sendiri. Sisa senyum pun masih ada lagi ni.

Buka saja buku, saya sudah takjub dengan kertas kuning itu. Wah, lama sungguh tidak jumpa buku bahasa Melayu seperti ini. Akhir sekali saya jumpa ialah semasa sekolah rendah dahulu, buku karangan Enid Blyton-pastilah terjemahan! dan terus saya dekatkan dengan hidung. Hm..unik sungguh baunya!

Saya sebenarnya mengejar plot. Awal-awal lagi sudah diperkenalkan dengan Danel dan kawan-kawannya-si Raja bersiung-hauskan darah. Lalu saya tertanya-tanya, apalah kaitannya dengan hero cerita ini-Rauf.

Seperti biasanya watak hero 'keluaran' Imaen memangnya begitu. Lelaki yang segan mahu mengaku soleh, sebab walaupun selalu pergi  masjid, dating dengan perempuan ramput perang pun bukan kadang-kadang. Nak mengaku alim pun tak boleh juga sebab, berjiwa rock kapak yang boleh dikumpulkan sebagai- lelaki millenium terperangkap di zaman The Beatles.

Latar belakang UM-jurusan ekonomi pastilah tak ketinggalan. Ya. Itu pun, dia,kan?

Penulis ini egois lah. Pendapatnya saja yang betul. Okey, sebenarnya sayalah pencari pasal bila tetap juga memilih buku ini sekalipun sudah melihat sebaris kata di kulit depannya 'mari raikan perbezaan pendapat antara kita'. Sebetulnya saya dah tahu, pendapat yang di masukkan dalam kurungan itu adalah fahaman politik lah.

Tapi, sebenarnya dia tidak meraikan dengan seadilnya pun pendapat yang lain.Pendapat dari watak Cinta itu sepertinya mudah-mudah saja diperkotak-katikkan. Belum boleh naik taraf sebagai RAI yang digembar-gemburkan di sampul novelnya pun.

 "Eh, kamu mahu menongkah pendapat dia, tulislah buku sendiri?"


Yalah. Tahu. Tapi saya tetap tak setujulah bila dia mengatakan kerjasama dengan Cina itu tidak bahaya. Dan tak fahamlah bila perjuangan agama pun perlu dikaitkan dengan bangsa. Tiada siapa pun kata bangsa kita lebih mulia, dan tiada siapa pun menghinakan Cina yang beragama Islam. Ya. Saya rasa mahu saja (kalau dia baca-baguslah) suruh dia selak Surah Al Imran, ayat 58.


"Janganlah orang-orang berIMAN, menjadikan orang KAFIR sebagai pemimpin, melainkan orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia TIDAK akan memperoleh APA PUN dari Allah, kecuali (siasat)  menjaga diri kamu dari apa yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (seksa)-Nya. dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali"


jangan kan nak buat pemimpin, buat kawan pun berhati-hati. Lagikan kawan separti.



"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang yang DI LUAR kalanganmu (seagamamu) sebagai teman kepercayaanmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. . Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh telah NYATA kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih JAHAT. Sungguh Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu mengerti"
Surah Al Imran 118.

Nantinya ada yang membalas,"macamlah Parti sebelah sana itu, tiada kafir?" 


Yalah, siapa pula kata saya ni dari  parti sebelah sana. Saya ini cuma peminat sejarah nabi-bab hijrah. Kan Nabi s.a.w  tu menyatukan muhajirin dan Ansar? kenapalah nabi susah-susah satukan mereka dahulu,kenapa tak terus-terus tubuhkan negara Islam? Atas dasar apa mereka bersatu? atas dasar bangsa? eh, Salman Al Farisi itu orang arabkah? Atas dasar politik? Siasah tika itu tidak kibarkan bendera yang berbeza warna lagi lah! Ya! mereka bersatu sebab mereka kan SATU akidah. 


Tak bolehkah, isu akidah, isu murtad, isu hudud ini yang semuanya jika digabungkan, ia adalah isu ummat, dan agama Islam, semua orang bergabung! (baca:semua muslim). Kalau salah katakan salah, biar dari mana pun pendapat itu dilaungkan, kalau dah menentang syariat, menggugah akidah, tetap juga salah. "Eh, dia sama bendera dengan aku, mestilah dia betul".  Oh? begitukah?

Ya, maaflah, memangnya tiada isu akidah pun dalam buku ini, tapi, entah, emosional pula nak tulis.

Saya tahu benar. mungkin begini, penulis hanya berlindung disebalik tajuk-tajuk buku cinta bagi membenarkan pendapat politiknya di baca. yalah, kalau dia buat buku 'Urusan bangsa dan parti, tak pernah usai' pastilah penerbit pun malas mahu ambil risiko. Sebab itulah juga saya memilih buku tulisannya, sebab dalam buku dia saja yang ada politik dalam novel cinta.

Berbalik kepada cerita (tajuk entri kan resensi),

Inti cerita sebenarnya berkenaan cinta tiga segi. Rauf-Cinta-Manisyah. Yang pastinya, Manisyah ini macam kembar kepada Cikgu Murni dalam novel sebelumnya. Penulis selalu menghitamkan watak perempuan kedua dengan ciri bukan perempuan solehah asli, tiada pendirian, hamba trend dan selalunya memang sengaja memerli gadis-gadis tipikal asli Melayu. Oh, saya sekali lagi sedang komen penulis, bukan novel. maaf-maaf.

Cerita ini memang anti saspens, baru nak tertanya-tanya- Hero matikah...ketika bab Danel mengamuk sebab Rauf ambil cinta hatinya-Cinta,mereka berbalas tembakan di gerai buku ceritera.  Terus saja,bab lanjutnya, ayat pertama adalah

"Rauf tak mati.."

Lah! Saya tepuk dahi. memang sengaja.

Mahu tahu Rauf dengan siapa, bolehlah baca sendiri buku ini.

Saya sedar sesuatu. Penulis tidak mampu betul membawakan angin utara yang asli. Memanglah latar sudah nyata Sungai Petani, tapi 'rencahnya' tak cukuplah. Saya juga makin menyedari, gaya bahasa penulis kini sudah tidak seasli ketika dia baru-baru menulis Labirynth dahulu. Banyaknya seperti sudah tercelup dengan gaya editornya: Noor Suraya. Ha lah. Penulis seperti orang Timur yang mahu menjadi orang Utara. Tak hairanlah kalau kalian menjumpai watak penulis sendiri dalam novel ini. Betullah itu.

. 'Rosdi cakap Kedah pelat Kelantan. nak tahu macam mana kena dengar sendirilah'  (ms 123)

 Tiba-tiba saya jadi teringin mendengar gaya seperti apakah encik penulis berkata-kata.

Pendek katanya, novel ini bukan novel cinta happy ending semata. Saya suka dengan isu 'sastera itu milik siapa' dan sindiran tajam untuk hamba gadget buat lelaki dan hamba trend, buat gadis. Umumnya semua pun terkena.Ya. Begini saja resensi saya. Maaf untuk penulis. Atau sesiapa saja yang terasa. Kalau dulu kita guna lidah tidak bertulang,bolehkah sekarang guna, keyboard tidak berperasaan?

Saturday, August 18, 2012

Obsesi warna dan simbol

Ini adalah entri serius.

Tiba-tiba terfikir dan berada di hdapan laptop, terus saja menaip.

"apakah yang terjadi apabila Ustaz Fadzil Noor ada lagi?"

Saya bukan pengibar mana-mana bendera dan taksub mana-mana warna. Pendapat saya ada yang ketiga selain dua warna.. Sangat jumud pemikiran seseorang itu jika hanya berfikir ada dua warna saja politik ni.
"kau tak sokong A, mesti kau sokong b"

saya akan balas semula. "kau dari zaman batu mana ni?"
maaf agak kasar. sekarang ini, setiap sokongan perlu ditimbang dengan rasional, bukan membuta tuli ikut saja. Perlu selidik dahulu. Hari ini mereka benar, esok belum tentu terus benar.

Sejak kecil saya membaca akhbar tersebut. dan dari kecil saya sudah kenal semua tokoh-tokoh politik dari sebelah hijau. Dalam usia sekolah rendadh saya rasa saya sudah faham siapa salah. kononnya. ya, saya baca dari muka surat hadapan sehingga belakang,tidak tertinggal. apa lagi bila ayah saya melanggannya tidak putus setiap bulan. Tapi abah bukanlah mereka yang istiqomah ke ceramah-ceramah mereka.Mungkin saja abah sudah muak dengan tipu jual beli akhbar negeri, lalu alternatifnya adalah akhbar haraki itu.

  Dalam usia dua belas tahun, saya sudah boleh menghafal nama-nama penting dalam parti itu. Sampai ada seorang guru ini saya pernah bertanya, "cikgu adik beradik kah dengan dia? nama bapa cikgu sama"

Setelah hampir sedekad, seiringnya bertambah usia, kita boleh menggunakan akal dan pertimbangan (ketika ini, abah pun sudah berhenti melanggan). Saya sangat yakin dengan sirah-sirah yang saya baca. Rasulullah tidak pernah bersama-sama dengan orang kafir dalam langkah-langkah perjuangan baginda. Menyingkap kisah Badar Kubro. sebilangan kafir Madinah ingin menyertai peperangan itu, kerana mengejar harta rampasan. Lalu Rasulullah, tidak menerima sesiapa pun jika mereka menurut berjuang tanpa syahadah. Lalu saya lihat,siapa pun yang memerintah, jika mereka pernah mempunyai syahadah, lalu agama saya terjaga (meskipun hanya dalam tulisan undang-undang, dari tiada?) saya akan menyokongnya. Soal akidah tiada kompromi.

Saya sangat mengkagumi Presiden mereka ketika itu. Ya, Dr Fadzil Noor. saya masih ingat, beliau melawat ke Palestin, dan menubuhkan sekolah di situ. Mungkin nama sekolah itu bersempena nama beliau, saya sudah tidak dapat mengingat dengan baik. Bagi saya peranan sebagai ketua itu terserlah, dan beliau sangat cakna dengan nasib umat Islam sedunia. Isu-isu Islam dan muslim menjadi perhatiannya. Banyak lagi perjuangan beliau yang jelas kerana Islam dan kesatuan. Entah kenapa saya terfikir, mengapa anaknya Ust Fauzan tidak menjejaki ayahnya. Bahkan baru-baru ini saya mengikuti perkongsiannya mengenai wasatiyyah dalam berpolitik.

saya juga kenal dengan Nasharuddin Mat Isa yang ketika itu ketua pemuda parti ini. Beliau adalah anak didik ustaz Fadzil noor yang asli saya kira. Penyataannya matang dan jelas. Tarbiyahnya tercetak kemas. saya memerhati sejak parti itu mengalami kecelaruan fokus apabila berganding bahu dengan satu kesatuan bukan Muslim. Saya lihat semua pengikut totok mula hilang fokus, apa lagi bila disertai oleh pemuda-pemuda yang bertuhankan semangat daripada rasional dalam tindakan mereka.

 Obsesi warna dan simbol membutakan isi dan misi sebenar mereka.Perjuangan lebih kepada simbol-simbol dan warna-warna. Pertimbangan akal yang ditarbiyah Islami itu seperti angin lalu. Maaf. mungkin juga mereka hanyalah pengikut semata-mata.  Saya percaya mereka yang ditarbiyah tidak akan berakhlak sedemikian. Sehingga isu akidah dan Islam boleh diketepikan.

Saya melihat apa yang terjadi kepada  Ust Nasharudin ini menunjukkan beliau sememangnya pejuang Islam yang jelas hala tujunya

."Saya dididik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan. Di dalamnya ada aqidah, perundangan dan akhlak,

"Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia bertemu beliau di mahkamah" begitu tegas kata-katanya. 


 Entah kenapa saya sedih bila ada yang kasar bertutur "Tak lama lagi senasib lah dengan Hasan Ali"

Ya Allah. Apakah yang hendak ditegakkan jika Islam bukan lagi nombor satu? Apa yang kamu mahu kejar?

Saya harap isu ini membuka mata semua orang, apa sebenarnya agenda utama si kafir yang sebenarnya terus-terusan memusuhi Islam dan tidak memberi peluang langsung kepada muslim. Cukup-cukuplah ditipu. Cukup-cukuplah berkelahi. Bersatulah atas satu syahadah.

Ingin saya tegaskan (lagi) di sini, berpolitiklah dengan akal 'sihat' dan bukan kolot dan jumud dan penuh obsesi.  Jangan biar Si Kaduk pun ketawakan kita bila mendengar "jika kau bukan di sini, pasti kau di sebelah sana." Berhenti berfikiran tertutup sebegitu. Tak guna negara sudah merdeka berdekad lama, tapi fikiran tak sebebas mana.

Oh ya, salam Aidilfitri.

p/s: apsal kau emo pagi-pagi  raya ni?


Wednesday, August 15, 2012

raya dan baju?

Hah? nak raya dah?

Secara jujurnya saya tiada jiwa untuk beraya. Mungkin belum sampai ke kampung halaman, jadi jiwa itu tiada. dan saya juga memboikot semua lagu raya, termasuk lagu-lagu Sudirman kegemaran saya. Saya akan putarkan mungkin saja satu syawal nanti. Tiba-tiba saya terfikir, saya memang tidak berbakat menjadi perantau.


Tadi kakak saya mesej "sudah beli baju raya?"

saya terkebil sebentar menghadamkan pertanyaannya.oh? Rupanya lagi 3 hari (mungkin) mahu raya. Ya, saya tak beli apa-apa pun untuk hari raya ini.  Semalam mengekor sahabat ke bazaar jualan Aidilfitri. Memangnya tempat itu bukan tempat yang baik untuk saya pembenci asap rokok dan, baru ini saya temui,pejalan kaki pun boleh jammed kah?

Pun, sampai ke hujung bazaar itu,saya tak dapat membeli sehelai baju pun. Layu, tiada jiwa. Tapi semua berubah bila saya sampai ke satu gerai. Bermula dengan topi bayi yang sangat comel itu,kemudian saya toleh kiri. wah! ini lagi comel.

 baju bayi!

 seluar pula?

 Dress?

Stoking bulu?

Rasa seperti mahu beli semua. Tapi bila fikir ibu kepada Fatihah anak buah saya itu, sudah pun belikan baju raya pertama untuk si comel itu. Jadi, saya fikir seluar bergambar snow white itu lebih logik untuk dibeli.

Ya, memang sukar mengawal 'gila' bila nampak baju bayi. Payahnya saya menjadi rasional bila melihat baju-baju berenda-renda itu. Ianya sangat comel untuk diabaikan.

Sebenarnya ia sudah banyak kali terjadi,awal Ramadhan itu, saya sudah dikerah mencari baju. Namun pada akhirnya saya tetap juga pulang  menjinjing beg plastik berisi baju untuk Az zuhri, si abang 4 tahun yang ligat itu. Maaf ya umi, baju belang-belang merah kelabu itu sangat comel untuk dibiarkan bergantung tak dibawa pulang.

Harapnya perjalanan esok lancar. Tapi saya rasa sama seperti tahun-tahun lalu, saya jugalah yang terakhir sampai di rumah.

Sunday, August 12, 2012

Mesin masa dari secebis kertas.

salam Hujung Ramadhan

tiba-tiba terasa mahu mendapat feel dahulu. dapat kad raya! rasanya sudah berapa tahun tak dapat dah kad raya gara-gara kemunculan semua teknologi ini.

tadi terlihat slot apantah dalam TV. menunjukkan seorang akak ni, buat kad raya handmade. membuatkan aku ditarik kembali ke zaman sekolah dahulu. Sebelum masing-masing pulang ke kampung, boleh main tukar-tukar kad raya dan post kan sendiri ke bilik-bilik asrama bersebelahan. Sekolah memang seronok. Malam sebelum pulang ke kampung halaman, biasanya kami tidak tidur. Sembang sepertinya kami tidak lagi berpeluang bertemu untuk tempoh seribu tahun lagi. warden pun seakan memberi peluang pada kami, bila mereka tak melaung-aung seperti malam biasanya bila jam mencecah 11 malam. Rasanya saat paling bermakna bila dapat menulis di kad keluar masuk asrama itu dalam column 'tujuan pulang' dengan aksara "pulang meyambut aidiilfitri".

Nak kad raya hand made? aku tiba-tiba teringat kata-kata "What you give, you get back" Jadi? Er, ntah kenapa aku malas pula nak berkreatif sepertinya lima tahun lalu. So?

Jangan berharap mahu dapat jika kamu tak beri!

Wednesday, July 18, 2012

Hak milik setiap pengguna

"wei"

"apa wei,wei, bagi salam la der"

"he, Assalamualaikum."senyum sambil duduk di sebelahnya. memandang ke arahnya. " Asal kau punya muka jernih lagi air milo aku tengok"

"sebab aku baru minum kopi"

"haha..ok. ce cerita"

"kau pernah fikir kalau dunia ini ada satu gender je, agak-agak dunia ni aman tak?"

"tak."

"apsal? kerajaan akan lagi jimat belanja sebab tak perlu fikir pasal mat-mat remit. tak perlu ada orang perlu berjaga demi 'menjaga' mat-mat rempit pagi-pagi buta."

"dan kau boleh pergi kerja tanpa perlu berlumba dengan diorang?"

"pft.."

"Sebab mat-mat rempit ni, kau nak hapuskan lelaki kat dunia ni?"

"my wishlist" dia teringat peristiwa jam 1 pagi keluar, kerana hendak mengambil rakan di bus station. jalan yang seluas-luas itu penuh dengan mereka! apakah rasa tidak selamat ini sepatutnya wujud di tanah air sendiri. rasanya bumi Gaza lagi tenang. kalau mati pun, kira syahid. Kalau kena kejar dengan mereka saat itu, nak menyebut syahid dalam hati pun malu

"so, hari ni apa pula?"

"Boleh tak kalau nak belok ke apa-apa bagi signal? Eh, bagi signal tak kena guna petrol tau! dan, hei, ada aku nak sangat berlumba dengan diorang? aku ni memang asal muasal bawa motor tak boleh kurang dari 70km/j tau. Lagi-lagi hari ni aku memang nak kejar masa. Jalan tu bukan untuk diorang sorang. Aku tak pernah ada baca peraturan motor hanya untuk lelaki"

"dan kau kena faham, asal muasal ciptaan diorang memang ada satu sifat, tak boleh kalah as known as ego."

"that's it"

"dan untuk pengetahuan kau, ayah aku pergi kerja naik motor."

"so?"

"tak semua lelaki yang naik motor adalah mat rempit."

"arh.. i wish I can drive aircraft" kepalanya dilentokkan ke atas meja dihadapannya.

"dah lah tu, semoga kau cepat dapat beli kereta"

"tapi rasanya bahagia aku semakna dengan riding motor"

menggeleng. kau tak sedar dah dapat serpihan sifat makhluk yang kau nak hapuskan.
"diskriminasi gender..ketidakadilan dunia, penyalahgunaan ego.." lebih kepada diri sendiri. lebih tepat ia hanyalah bebelan sendiri.

"weh, kau pernah dengar satu ayat 'lelaki diciptakan adalah untuk melengkapi perempuan. seumpama Ying dan Yang. umpama puisi dan lagu. macam angin dan awan. macam.."

"macam enjin dengan petrol. ok lah..aku tahu, kau nak cakap tak de ayah aku mana nak dapatkan aku, ok ok.. moh-moh kerja.."



Tuesday, June 26, 2012

Lukisan dan kiriman surat

SAya ada beberapa cita-cita untuk hujung-hujung usia di kampus ni. Cita-cita? Rasanya tak tepat pun istilah tu.
Hasrat mungkin lebih tepat. Mahu melukiskan sesuatu untuk sahabat-sahabat sekeliling, kecil pun tak mengapa kan?  tapi, saya ini entah kenapa, lebih seronok 'merayau' dia maya sahaja. Haish.

Melukis itu perlu ada idea, dan idea itu bukan hadir begitu sahaja. Harus duduk, menekur kan? Dan rasanya kalau lukisan itu tak sempat saya beri berhadapan, tiba-tiba saya terfikir, melankolik tak kalau saya kirimkankan ia dan kembarkan dengan lukisan itu? lama sungguh rasanya tak dapat surat dari abang posmen. Bukan surat rasmi, urusan seri paduka baginda tu, tahu? dahulu kan selalu dapat surat dari sahabat nan kejauhan, semasa peti surat elektronik itu, tak popular lagi. Sekarang ini, urusan di pejabat putih belang merah itu hanya untuk urusan rasmi, yang tidak rasmi hanya layak di laman sosial kan?

Teringat dahulu kala, bila bungkusan dari rumah sampai ke hostel, yang saya kejar dahulu bukan barang makanan, tapi surat bonda saya terjah dahulu! Terasa tulisan-tulisan itu seakan membawa kita ke langit bahagianya! Buka peti merah elektronik tak sama dengan peti merah yang melekat di dinding pagar rumah.

(lamanya tak buka 'pintu' kotak merah itu).


haha. mesti orang kata kamu ni jiwa-jiwa sungguh! (pensyarah saya cukup marah dengan istilah jiwang) Bukan jiwa-jiwa, tapi sekadar menghargai encik posmen.

Baiklah, saya akan melukis bila saya sibuk nanti, masa lapang ini, buat saya lebih tidak terurus. hish! buruk perangai~

Wednesday, June 6, 2012

Andai esok!

Entah kenapa, saya rasa berdebar tiba-tiba. 

Melepaskan satu persatu tanggungjawab, melatakkan satu persatu amanah, menunjukkan langkah demi langkah kepada pimpinan baru, dan percaya satu hari nanti saya akan meninggalkan mereka. jadi, saya mahu semuanya diturunkan dengan baik, dan sepenuh kefahaman. 

Debaran itu terus menerus. serasa seperti esok tiada lagi untuk saya, dan saya harus segera. Segera menyelesaikan tugas saya. sesempurna mungkin, sesegera mungkin.

Ya, meninggalkan. saya akan meninggalkan mereka, dan saya takut, saya tidak dapat memantau mereka lagi, jadi, jika boleh, peluang yang ada dalam masa yang mencengkam ini saya gunakan sepenuhnya. Saya perlu 'menyediakan' mereka ketahanan, dan panduan bila saya tiada nanti.

Meninggalkan, hakikatnya, bila-bila kita akan meninggalkan mereka dan seluruh isi dunia. bila-bila masa saya akan 'ditiadakan' oleh Dia. Itu hakikat sebenar yang selalu kita lupa. sepatutnya perlu bersedia bila-bila masa. 

dan terfikir, mungkin sekarang ,  'tiadanya' saya adalah sesuatu yang bersifat sementara, bagaimana jika ia bersifat kekal? Adakah benar saya sudah menyampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan? apakah benar mereka terima semua yang sepatutnya mereka berhak terima? 

saya harus segera, kerana tiada siapa tahu, esok adakah masih milik saya. Ya, saya harus yakin, Dia sentiasa bersama mereka. 

Permudahkanlah, Ya Allah, permudahkanlah!.

p/s-berdebar countdown untuk esok-

Wednesday, May 9, 2012

aku ada banyak impian.

bila aku buka beg, nampak buku kaedah jibril. aku rasa nak hafal qur'an
bukak emel ada iklan dbp, nak jadi penulis.

buka apa lagi?

hadei~

Monday, May 7, 2012

encik baju biru

HAri ini, seperti selalunya,aku dipesan oleh rakan untuk mengambil dia dari makmal yang jauh nun di atas bukit, malah jauh dari kediaman pelajar. (tapi dah dekat dengan kediaman unggas).

Start motor, lalu selambanya aku memecut ke kompleks makmal yang sehingga kini, aku pertikaikan, kenapa mesti makmal itu dibina jauh dari segala ketamadunan kampus itu.

Lalu, kawan aku pun naik, membonceng ke belakangku, dan saat itu aku tersedar, aku tak bawa helmet lebih. "tak mengapalah, bukan ada sesiapa pun yang nak naik bukit jauh-jauh begini." begitu kata hatiku.

Lalu, aku pun sambil sembang dan tertawa bersama rakan aku itu, melalui lereng bukit, mengaduk udara yang agak dingin lebh-lebih lagi, sejak pagi, matahari seperti merajuk untuk menunjukkan sinarnya. lalu, aku memilih untuk selesa dengan kelajuan 40km/j.

segalanya berakhir, bila tiba-tiba mata aku terjatuh pada satu susuk berjaket hijau 'bercahaya ketika gelap', yang biasa ditonton dalam serbuan dalam rancangan 999. aku tahu benar, itu bukan mereka si pembaiki jalan. bukan pula golongan menentang LYnas.

aduh! kenapa pula encik guard ni sampai naik ke bukit begini. dan aku bertambah tak keruan bila melihat kami, dia terus membuat pusing U. oh?

dengan tidak menunggu sesaat, aku pun pecut! bukan lagi 40km/j.serasaku meter itu sudah sepertinya mahu buat pusingan seganda lagi.

dihadapan kami adalah selekoh tajam, memang tak ubah seperti jalan naik ke cameron highlands. sejuk tangan aku, bila tiba-tiba ada kereta dari arah hadapan muncul dari celah bukit. Ah! biasanya jalan ini lengang saja, kali ini pula tiba-tiba rajin orang lalu...mujur aku dapat mengawal handle.

pedal motor terus aku pulas, tak peduli jalan yang bengkang-bengkok, saat itu satu aku fikir, janganlah jatuh,lalu selawat pun aku wiridkan cepat-cepat walaupun satu lintasan masuk dalam fikiran. sampai ke langitkah selawat aku, jika hari ini, pertama kali selawat diucapkan, itu pun bagi mendapat berkat dan aku tidak disaman?

sambil sesekali aku memandang cermin sisi. Sah! memang aku dikejar. jantung aku macam tak cukup oksigen mengepam udara. pada satu selekoh, aku tetap memecut dan tidak mengurangkan kelajuan walau sedikitpun, bahaya? rasanya ketika itu jika lihat Syafiq Ali, pelumba muda malaysia itu melihat aku pun, dia akan mengangkat dua tangannya menyerah, melihat gaya aku yang begitu. apa yang penting pada aku ialah, aku mesti lepas dari saman encik baju biru!

aku tetap juga tidak lepas mengawasi dari cermin sisi, nampaknya 'si baju biru' terpaksa memberi jalan kepada pemandu kereta tadi.aku tetap juga memecut sambil kawan aku kat belakang diam membisu. rasanya dia dah pucat.

sampai berdekatan dengan kolej kediaman, aku tetap juga tidak mengurangkan kelajuan, sakit badan aku penangan bonggol yang arajin betul diadakan di sepanjang jalan. minta maaflah motor, aku juga sepastnya menyakitkan kamu.

aku sebenrnya sudah menarik nafas lega bila encik baju biru itu tidak lagi kelihatan, namun tiba-tiba kawan aku mencuit pingang aku



"weh, depan tu wei!" aku cepat-cepat brek.

ya, sedia untuk membelok, tidak melalui 'gerangan' baju biru, sekali dalam sepuluh ela, aku ketawa! pastinya pada diri sendiri. entah siapa yang memakai sweater biru bertuli 'reebok' itu tetaplah jadi mangsa persepsi orang yang melakukan kesalahan, takut dengan bayang-bayang.

sampai di kolej pecah jugalah ketawa kami. lega sungguh, rasa macams selamat habis, bila berjaya membelok ke kolej kediaman tanpa diekori.
ya, pengalaman pertama dikejar polis kampus! memang menyeramkan. sampai bilik pun tetap jugalah tangan aku ni, sejuk macam baru pegang ais.

peringatan: ini bukan diari perempit jalanan, melainkan hanya seorang insan yang tak lepas dari melakukan kesalahan. (baik punya backup)

Monday, April 16, 2012

sama

"kenapa macam sangat biasa nampak muka beliau?"

setelah lama berjalan-jalan di muka bumi, pun terfikir. dimanakah kau, aku pernah jumpa?

a : muka beliau sangat familiar, kau rasa tak?

b: rasa

a: jadi, dia tu siapa?

b: Familiar sangat. sebab bila kau tengok cermin, kau nampak dia..

a: ha?

b: familiar, sebab, muka kau sama dengan muka dia

a: ........

jadi, yang jadi sangat familiar tu sebenarnya muka aku sendiri lah?

Monday, March 26, 2012

masih ada kibod

aku masih ada kibod di sini. ya, aku tak pernah lupa, cuma aku tak punya banyak masa. tapi, aku tahu, aku perlu menulis, kerna ini kibod aku.

sudah.

aku selalu ingin menulis dengan bebas, inginkan fikiran aku bagai dipasang sayap setegap sayap helang dan sesuci kepak bangau.

tapi, selalunya, fikiran aku nantinya akan tersangkut di mana-mana ranting, ada awan yang menjatuhkan hujan, lalu aku terpaksa akur, jatuh dan mengekori hujan yang akhirnya mengalir melalui sungai-sungai.

akhirnya aku memilih bersahabat dengan aliran anak-anak sungai itu,alpa bermain bersama anak-anak ikan yang kecil. menurut kocakan percik air saat belonjakan di atas batu-batu berlumut hijau.

sudahnya, jadilah seperti ini, sampai ke hulu, deras air melesu, lalu aku hilang tujuan. berpusar-pusar bersama andukan isi-isi sungai yang lain. tayar lama, plastik rabak, tin-tin kosong, dan entah apa lagi khazanah yang tenang bahagia di permukaan sungai. oh, ada aku kisah? memang aku tak pernah tulis tujuan hidup ku. ujar mereka bersahaja.

ah? taraf aku di mana?

Friday, March 2, 2012

Emosional melangkahi rasioanal



Peringatan. Catatan ini adalah dari kata-kata orang yang emo. Jika kata manis sedikit, emosi tidak teratur. Semuanya kerana kerenah mereka yang berada dalam situasi "saya dan dunia saya"

Kawan, cukuplah kamu berada dalam dunia kamu. Masyarakat sudah berantakan, jadi, kamu sekarang masih lagi berkata, urusanmu lebih utama?

saya agak terkejut bila bertemu dengan mereka yang sungguh jauh jarak usia antara saya dan beliau. Saya mengharapkan pandangan yang luas mengenai dunia. Bagaimanapun kenyataannya mengecewakan. Mengejutkan.

"saya sudah muak dengan keadaan dan berita juga isu sekarang. Untuk apa saya ambil tahu isu ini? saya masih banyak perkara dan kerja perlu diselesaikan. Umat sekarang dah rosak! Buat buang masa saja ambil tahu isu semasa ni"

Allah. Bagi saya ia jalan tengah yang betul-betul tidak bertanggungjawab. Seolah-olah berlepas tangan dengan cara yang kejam, seolah nya, melihat orang yang batuk kering sambil memegang ubat batuk itu. berdiri sambil buat-buat tak nampak. Walhal tangan penuh sudah dengan ubat. Dan kamu masih saja lagi berusaha mencari ubat lagi?

 Setiap orang dilahirkan sebagai pemimpin. dan punya tanggungjawab. lebih-lebih lagi ayat ini keluar dari mulut yang disogokkan dengan pemahaman yang baik mengenai Islam. Tanggungjawab .

Bagi saya, tak layak untuk mereka mengutuk umat rosak, dan lain-lain lagi, jika tiada sedikit niat pun mahu mengubahnya. mahu mengambil tahu. Aku dan urusanku lebih UTAMA. sedihnya. geramnya. Jadi untuk apa kamu duduk di majlis ilmu?

Satu ayat buat saya terdiam. Setiap orang bertanggungjawab ke atas orang yang jahil. Then, make a step.

Sunday, February 26, 2012

di hadapan rumah aku ada satu kedai kecil milik seorang lelaki berusia sekitar 80 tahun. sepuluh tahun dulu dia masih kuat dan aku ingat lagi senyuman mesranya itu. aku dapat tahu, beliau adalah penduduk paling lama pernah tinggal di kampung kami. Pan Andak Usop. itu nama dia. aku tahu bila aku bersembang dengan sahabat baik beliau, Pak Ngah Razak. sebulan selepas sembang lama kami, Pak Ngah Razak meninggal. seminggu sebelum sesi sembang kami, Pak Itam meninggal. kiranya mereka 3 sekawan ni memang kamceng.

yang menjadi ceritanya, antara mereka bertiga ini, Pak Ndaklah yang paling tua. ini semua arwah Pak Ngah yang cerita.

mesti korang pelik, macam manalah aku boleh berkwan dengan pakcik-pakcik tua ni? sebenarnya ni semua mak aku punya paksa lah. sehari sebelum aku balik kampus, mak aku ajak pergi raya rumah beliau. entah kenapa aku yang selalu malas nak pergi rumah jiran ni mengikut jugak. keluarga aku ni pendatang kampung. jadi moleklah kiranya aku meramahkan diri.. ceh! dah sedekad lebih bermastautin bari insaf nak buat begitu.

sembang aku dengan Pak Ngah Razak ni macam kawan lama dah. memang gaya orang lama begitu kot. bila aku dapat tahu kematian Pak Ngah, rasa sedihnya.. kenapalah aku tak tengok Pak Ngah dari dulu lagi. kalau tidak boleh jugak dengar banyak lagi cerita dia. Pak Ngah yang kaya..hehe malangnya semua anak dia dah beranak pinak. tak dapatlah aku harta warisan, ceit!

sebenarnya aku nak cerita pasal Pak Ndak. walaupun aku panggil beliau Pak Ndak, tapi seluruh kampung tahu, aku dan beliau bukan bersaudara, aku bukanlah anaknya apataha lagi cucu saudara. jelas sekali aku tak punya kaitan darah. aku hanya follow apa yang dah orang kampung  panggil.

Pak Ndak punya sebuah kedai kecil saja di hadapan rumah dia. dia ada Isteri yang pandai buat kuih. sampai sekarang aku teringat kuih cara manis isi durian. sedap! selama aku makan balik kuih ni kat kedai, tak de yang sama macm kuih dia,lah! nak buat? aku tak reti dan tiada acuannya. alasan muh!



jap, kedai Pak Ndak ni, kedai runcit kecil saja. masa aku baru pindah rumah, apa yang pertama aku kenal pasti ialah,kedai ini. yay! dekat dengan kedai, boleh beli jajan selalu! rupanya adik-adik aku yang lain pun perasan hal ini. jadi, sebelum tiang rumah aku tegak pun, kami sudah pergi 'menyiasat' apakah yang ada dalam kedai ini. seperti biasa, ada super ring, gula-gula sugus, lolipop, aiskrim batang.. coklat lembu.. cekedis panjang perisa kari.. wau! walaupun tak banyak pilihan, aku rasa cukuplah buat memujuk aku yang tak nak pindah time tu.

aku ingat semasa musim cuti sekolah, ada sekali ini, jatuh pada hari-hari puasa. jadi, kami ni dah macam cacing kepanasan sebab tak dapat bebas berbasikal, dan singgah mana-mana kedai, untuk membeli makanan ringan.

"umi.. nak pergi kedai Pak Ndak?" kata aku sambil kedip-kedipkan mata penuh kecomelan. sila bayangkan budak darjah dua yang minta kebenaran, bukan budak tahun dua biokimia.

"hesy! kamu tak malu ke? nanti orang kata kamu tak puasa? tengah-tengah hari pergi kedai?" bantah umi.

sebenarnya aku bukan nak makan sangat, aku cuma suka tengok banyak jajan berderet-deret.. dah lama tak tengok nih, dah seminggu..

"ala.. bukan orang tak puasa, ini nak beli buat buka puasa..bukan makan sekarang"

"sekarang kan tengah panas.. pergi petang-petang sikit ya?"

"pukul berapa?"

"pukul 5 nanti ke.."

"yay! pukul 5 kita pergi. tengok ni, aku nak beli aiskrim, twiesties.." ujar aku sambil tunjuk senarai 'barang' yang bakal aku beli pada adik aku, dan tak hirau ayat umi seterusnya.

"guna duit sendiri ya.." tegas umi lagi. aku memuncung. eleh! aku ada duit nih.. sambil menebarkan syiling-syiling di tapak tangan, begitu juga adik aku yang muda dua tahun dari aku.

selepas asar saja, berebut kami lintas jalan, masuk kedai.

PaK Ndak macam biasa, senyum mesra pada kami.

"nak buat buka iya?" tanya Pak Ndak dengan senyum mahalnya itu. lihat itu,kan umi? semua orang tahu, saya puasa..

"iya, pak cik"kataku sambil membuka balang gula-gula.
"eh, ko bukan tak nak beli shinggam ke tadi?" bisik adik pada saya. aku buat bodoh. sebenarnya shinggam atau gula-gula getah, diharamkan masuk ke tumah kami, tapi aku ini memang sinonim dengan degil.

"okey, dah" kami mengumpulkan hasil pencarian kami di atas peti aiskrim.

setelah kira semua, Pak Ndak berkata. "okey, hari ini, pak cik ada hadiah untuk anak-anak ya, nah amik ni sorang satu" sambil ambil  gula-gula lalu dimasukkan ke dalam plastik. lebar lebihlah senyum  kami.

di rumah, heboh cerita Pan Ndak dan gula-gulanya. bila azan berkumandang, bukan nasi yang kami cari dulu, peket aiskrim yang kami buka dulu. eheh!

Sunday, February 12, 2012

lelaki berserkup embah

aku sampai terlupa aku punya kibod satu lagi yang perlu diketuk disini. memangnya aku sudah lama tidak menaip. lihatlah, jemariku sudah tidak kenal huruf nih.

oh ya, perlu diingat ini bukan catatan dairi, jadi jangan cerita pasal diri di sini. Cumanya aku harus beritahu yang ini, lembaran Surat Cinta Tuhan itu sudah tertinggal di Rumah anak-anak itu.. aduh. aku sudahlah malas mahu keluar lagi sore-sore nanti.. sekarang ni rasa mahu tidur saj! haih! kamu punya banyak kerja perlu dikerjain tuh,..

iya, misalnya manuskrip encik berserkup embah itu, draf yang sudah hilang itu pun tidak ditaip semula. aku rasa macam mahu hantar cerita yang ini,

Tuesday, January 24, 2012

Kelas yang sudah sepi itu ditinggalkan. Ya, bangunan akademik sudah pun sunyi. tadi pagi,

Monday, January 23, 2012

pertama: trauma

biarkan ini idea pertama, aku sekarang sedang brainstorming. untuk membebel di blog-blog aku yang dah ada, susah pula nak beri label untuk idea untuk projek aku. ceh!

baik mari berbahasa dengan sopan.

CERITA


ini cerita aku ketika aku kecil dahulu. kecil? ya, kecillah jika ketika itu aku di sekolah rendah. ya. masa aku di sekolah rendah, aku selalu berbaris di hadapan sekali. masa perhimpunan akhir tahun, kami pelajar, biasanya akan bersalam-salaman dengan barisan guru-guru. dan bila aku pada setiap tahun akan bersalaman dengan guru kelas aku yang pertama, Cikgu Zaleha. dia seperti biasa akan tersenyum dan berkata.

 "kamu macam dulu lagi, masih di hadapan, dan selalunya tetap paling kecil" dia lalu memeluk aku, aku selalu juga terasa hati, kerana dia mengatakan aku masih kecil, walhal masa aku darjah enam dah rasa diri besar sangat.

okey berbalik kepada cerita sebenar. aku pernah diajar oleh seorang guru yang ramai dikatakan orang sebagai guru yang sangat baik, dan berdedikasi, dan best dan sewaktu dengannya. aku, yang percaya, bukan dilahirkan untuk mengira, tetap juga tidak meminati mana-mana guru pun yang mengajar subjek kira-kira, atau pun matematik. tidak adil? tapi aku itu kan, masih kecil.. ceh!

ternyata, bukan guru yang patut disalahkan, tapi akulah yang degil tidak mahu berkompromi dengan  nombor-nombor.

ceritanya begini. ini cerita budak naif yang kasihan.

aku dan kawan-kawan aku diminta membuat satu tugasan, latihan lah senang kata. ada, lah main kira-kira, dan jawapan aku itu, aku garisi dengan pen merah. lalu aku pun hantar. konon-kononnya seronok kerana dapat taat, dan menghabiskan latihan itu.

"siapa punya buku ini?" tanya beliau bila semua buku telah terkumpul di atas mejanya. okey, sebenarnya aku dah lupa dialog sebenar. jadi ini dikirakan fiksyenlah.

aku terkebil-kebil.perlukah aku mengaku. muka cikgu biasa saja. aku pun mengaku.

"kenapa kamu garis guna pen merah?"

ini bukan pen merah aku


aku memandang kawan ku disebelah. rasanya aku biasa nampak kawan-kawanku menggunakan pen warna tersebut untuk menulis. er..

"Saya tak benarkan awak guna pen merah! untuk pengetahuan kamu, pen merah hanya untuk cikgu!"

aku tak tahu kenapa, aku rasa sangat takut, dan er.. rasa sangat tak best. di hadapan kawan-kawan aku, yang sampai kini aku tak tahu kesalahan aku itu besarkah, atau kecil, atau ia mungkin hanya sebesar planet marikh? sehingga aku dijerit kuat begitu. oh ya, aku kan duduk di hadapan sekali, betul-betul depan meja guru. jadi frekuensi suara guru itu, memang cukup untuk gegendang telinga ku bergoncang lebih baik berbanding mereka yang duduk di belakang aku.

sejak hari itu, aku tak pernah punya pen merah, pen merah yang ari itu aku gunakan, aku tak pernah guna dah. rasanya ia tetap di dalam pensel case sampai buruk tak pernah difungskan oleh aku.

walau pun ketika guru-guru meminta aku menanda kertas untuk mereka, tetaplah aku tidak menggunakan pen merah. terus-terusan kata-kata 'pen merah hanya untuk cikgu' bermain difikiran ku, walaupun aku patut belagak seperti cikgu bila menanda kertas jwapan peperiksaan itu, aku tetap tak boleh. aku akan gunakan pen hitam, pensel, atau paling-paling lain pun, aku gunakan pen ungu. biasanya pen ungu dapat menyelamatkan aku dari kena marah sebab tak guna pen merah.

mungkn sebab itu jug aku suka warna ungu, sebab ungu dapat selamatkan aku selalu.

tapi, masalahnya, aku tidak pernah guna pen merah sehingga hari ini, walau zaman atau kisah itu berlaku entah sedekad dahulu.

"ada pen merah?'

aku geleng. aku tak pernah punya pen merah sejak hari itu. sekolah menengah, matrikulasi, dan sekarang universiti.



lalu suatu hari, tak, dalam dua hari lepas, bila salah satu kawan aku bertanyakan hal ini, dan buat sekian kalinya aku menggeleng, lalu kawan aku yang lagi satu berkata.

"itu namanya kau sebenarnya dah trauma. trauma pen merah"

aku terkesiap. aku? trauma?

Trauma Pen Merah.

"wah, boleh  buat tajuk novel" kata aku menutup rasa dalam hati. hakikatnya aku susah untuk mengakui yang aku menjadi mangsa trauma. kalau bukan trauma, kenapa aku tak pernah mengadakan pen warna itu dalam senarai harta aku?

kenapa?

aku bukan guru jadi aku tak boleh gunakan pen itu.