Saturday, August 18, 2012

Obsesi warna dan simbol

Ini adalah entri serius.

Tiba-tiba terfikir dan berada di hdapan laptop, terus saja menaip.

"apakah yang terjadi apabila Ustaz Fadzil Noor ada lagi?"

Saya bukan pengibar mana-mana bendera dan taksub mana-mana warna. Pendapat saya ada yang ketiga selain dua warna.. Sangat jumud pemikiran seseorang itu jika hanya berfikir ada dua warna saja politik ni.
"kau tak sokong A, mesti kau sokong b"

saya akan balas semula. "kau dari zaman batu mana ni?"
maaf agak kasar. sekarang ini, setiap sokongan perlu ditimbang dengan rasional, bukan membuta tuli ikut saja. Perlu selidik dahulu. Hari ini mereka benar, esok belum tentu terus benar.

Sejak kecil saya membaca akhbar tersebut. dan dari kecil saya sudah kenal semua tokoh-tokoh politik dari sebelah hijau. Dalam usia sekolah rendadh saya rasa saya sudah faham siapa salah. kononnya. ya, saya baca dari muka surat hadapan sehingga belakang,tidak tertinggal. apa lagi bila ayah saya melanggannya tidak putus setiap bulan. Tapi abah bukanlah mereka yang istiqomah ke ceramah-ceramah mereka.Mungkin saja abah sudah muak dengan tipu jual beli akhbar negeri, lalu alternatifnya adalah akhbar haraki itu.

  Dalam usia dua belas tahun, saya sudah boleh menghafal nama-nama penting dalam parti itu. Sampai ada seorang guru ini saya pernah bertanya, "cikgu adik beradik kah dengan dia? nama bapa cikgu sama"

Setelah hampir sedekad, seiringnya bertambah usia, kita boleh menggunakan akal dan pertimbangan (ketika ini, abah pun sudah berhenti melanggan). Saya sangat yakin dengan sirah-sirah yang saya baca. Rasulullah tidak pernah bersama-sama dengan orang kafir dalam langkah-langkah perjuangan baginda. Menyingkap kisah Badar Kubro. sebilangan kafir Madinah ingin menyertai peperangan itu, kerana mengejar harta rampasan. Lalu Rasulullah, tidak menerima sesiapa pun jika mereka menurut berjuang tanpa syahadah. Lalu saya lihat,siapa pun yang memerintah, jika mereka pernah mempunyai syahadah, lalu agama saya terjaga (meskipun hanya dalam tulisan undang-undang, dari tiada?) saya akan menyokongnya. Soal akidah tiada kompromi.

Saya sangat mengkagumi Presiden mereka ketika itu. Ya, Dr Fadzil Noor. saya masih ingat, beliau melawat ke Palestin, dan menubuhkan sekolah di situ. Mungkin nama sekolah itu bersempena nama beliau, saya sudah tidak dapat mengingat dengan baik. Bagi saya peranan sebagai ketua itu terserlah, dan beliau sangat cakna dengan nasib umat Islam sedunia. Isu-isu Islam dan muslim menjadi perhatiannya. Banyak lagi perjuangan beliau yang jelas kerana Islam dan kesatuan. Entah kenapa saya terfikir, mengapa anaknya Ust Fauzan tidak menjejaki ayahnya. Bahkan baru-baru ini saya mengikuti perkongsiannya mengenai wasatiyyah dalam berpolitik.

saya juga kenal dengan Nasharuddin Mat Isa yang ketika itu ketua pemuda parti ini. Beliau adalah anak didik ustaz Fadzil noor yang asli saya kira. Penyataannya matang dan jelas. Tarbiyahnya tercetak kemas. saya memerhati sejak parti itu mengalami kecelaruan fokus apabila berganding bahu dengan satu kesatuan bukan Muslim. Saya lihat semua pengikut totok mula hilang fokus, apa lagi bila disertai oleh pemuda-pemuda yang bertuhankan semangat daripada rasional dalam tindakan mereka.

 Obsesi warna dan simbol membutakan isi dan misi sebenar mereka.Perjuangan lebih kepada simbol-simbol dan warna-warna. Pertimbangan akal yang ditarbiyah Islami itu seperti angin lalu. Maaf. mungkin juga mereka hanyalah pengikut semata-mata.  Saya percaya mereka yang ditarbiyah tidak akan berakhlak sedemikian. Sehingga isu akidah dan Islam boleh diketepikan.

Saya melihat apa yang terjadi kepada  Ust Nasharudin ini menunjukkan beliau sememangnya pejuang Islam yang jelas hala tujunya

."Saya dididik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan. Di dalamnya ada aqidah, perundangan dan akhlak,

"Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia bertemu beliau di mahkamah" begitu tegas kata-katanya. 


 Entah kenapa saya sedih bila ada yang kasar bertutur "Tak lama lagi senasib lah dengan Hasan Ali"

Ya Allah. Apakah yang hendak ditegakkan jika Islam bukan lagi nombor satu? Apa yang kamu mahu kejar?

Saya harap isu ini membuka mata semua orang, apa sebenarnya agenda utama si kafir yang sebenarnya terus-terusan memusuhi Islam dan tidak memberi peluang langsung kepada muslim. Cukup-cukuplah ditipu. Cukup-cukuplah berkelahi. Bersatulah atas satu syahadah.

Ingin saya tegaskan (lagi) di sini, berpolitiklah dengan akal 'sihat' dan bukan kolot dan jumud dan penuh obsesi.  Jangan biar Si Kaduk pun ketawakan kita bila mendengar "jika kau bukan di sini, pasti kau di sebelah sana." Berhenti berfikiran tertutup sebegitu. Tak guna negara sudah merdeka berdekad lama, tapi fikiran tak sebebas mana.

Oh ya, salam Aidilfitri.

p/s: apsal kau emo pagi-pagi  raya ni?


Wednesday, August 15, 2012

raya dan baju?

Hah? nak raya dah?

Secara jujurnya saya tiada jiwa untuk beraya. Mungkin belum sampai ke kampung halaman, jadi jiwa itu tiada. dan saya juga memboikot semua lagu raya, termasuk lagu-lagu Sudirman kegemaran saya. Saya akan putarkan mungkin saja satu syawal nanti. Tiba-tiba saya terfikir, saya memang tidak berbakat menjadi perantau.


Tadi kakak saya mesej "sudah beli baju raya?"

saya terkebil sebentar menghadamkan pertanyaannya.oh? Rupanya lagi 3 hari (mungkin) mahu raya. Ya, saya tak beli apa-apa pun untuk hari raya ini.  Semalam mengekor sahabat ke bazaar jualan Aidilfitri. Memangnya tempat itu bukan tempat yang baik untuk saya pembenci asap rokok dan, baru ini saya temui,pejalan kaki pun boleh jammed kah?

Pun, sampai ke hujung bazaar itu,saya tak dapat membeli sehelai baju pun. Layu, tiada jiwa. Tapi semua berubah bila saya sampai ke satu gerai. Bermula dengan topi bayi yang sangat comel itu,kemudian saya toleh kiri. wah! ini lagi comel.

 baju bayi!

 seluar pula?

 Dress?

Stoking bulu?

Rasa seperti mahu beli semua. Tapi bila fikir ibu kepada Fatihah anak buah saya itu, sudah pun belikan baju raya pertama untuk si comel itu. Jadi, saya fikir seluar bergambar snow white itu lebih logik untuk dibeli.

Ya, memang sukar mengawal 'gila' bila nampak baju bayi. Payahnya saya menjadi rasional bila melihat baju-baju berenda-renda itu. Ianya sangat comel untuk diabaikan.

Sebenarnya ia sudah banyak kali terjadi,awal Ramadhan itu, saya sudah dikerah mencari baju. Namun pada akhirnya saya tetap juga pulang  menjinjing beg plastik berisi baju untuk Az zuhri, si abang 4 tahun yang ligat itu. Maaf ya umi, baju belang-belang merah kelabu itu sangat comel untuk dibiarkan bergantung tak dibawa pulang.

Harapnya perjalanan esok lancar. Tapi saya rasa sama seperti tahun-tahun lalu, saya jugalah yang terakhir sampai di rumah.

Sunday, August 12, 2012

Mesin masa dari secebis kertas.

salam Hujung Ramadhan

tiba-tiba terasa mahu mendapat feel dahulu. dapat kad raya! rasanya sudah berapa tahun tak dapat dah kad raya gara-gara kemunculan semua teknologi ini.

tadi terlihat slot apantah dalam TV. menunjukkan seorang akak ni, buat kad raya handmade. membuatkan aku ditarik kembali ke zaman sekolah dahulu. Sebelum masing-masing pulang ke kampung, boleh main tukar-tukar kad raya dan post kan sendiri ke bilik-bilik asrama bersebelahan. Sekolah memang seronok. Malam sebelum pulang ke kampung halaman, biasanya kami tidak tidur. Sembang sepertinya kami tidak lagi berpeluang bertemu untuk tempoh seribu tahun lagi. warden pun seakan memberi peluang pada kami, bila mereka tak melaung-aung seperti malam biasanya bila jam mencecah 11 malam. Rasanya saat paling bermakna bila dapat menulis di kad keluar masuk asrama itu dalam column 'tujuan pulang' dengan aksara "pulang meyambut aidiilfitri".

Nak kad raya hand made? aku tiba-tiba teringat kata-kata "What you give, you get back" Jadi? Er, ntah kenapa aku malas pula nak berkreatif sepertinya lima tahun lalu. So?

Jangan berharap mahu dapat jika kamu tak beri!