Hah? nak raya dah?
Secara jujurnya saya tiada jiwa untuk beraya. Mungkin belum sampai ke kampung halaman, jadi jiwa itu tiada. dan saya juga memboikot semua lagu raya, termasuk lagu-lagu Sudirman kegemaran saya. Saya akan putarkan mungkin saja satu syawal nanti. Tiba-tiba saya terfikir, saya memang tidak berbakat menjadi perantau.
Tadi kakak saya mesej "sudah beli baju raya?"
saya terkebil sebentar menghadamkan pertanyaannya.oh? Rupanya lagi 3 hari (mungkin) mahu raya. Ya, saya tak beli apa-apa pun untuk hari raya ini. Semalam mengekor sahabat ke bazaar jualan Aidilfitri. Memangnya tempat itu bukan tempat yang baik untuk saya pembenci asap rokok dan, baru ini saya temui,pejalan kaki pun boleh jammed kah?
Pun, sampai ke hujung bazaar itu,saya tak dapat membeli sehelai baju pun. Layu, tiada jiwa. Tapi semua berubah bila saya sampai ke satu gerai. Bermula dengan topi bayi yang sangat comel itu,kemudian saya toleh kiri. wah! ini lagi comel.
baju bayi!
seluar pula?
Dress?
Stoking bulu?
Rasa seperti mahu beli semua. Tapi bila fikir ibu kepada Fatihah anak buah saya itu, sudah pun belikan baju raya pertama untuk si comel itu. Jadi, saya fikir seluar bergambar snow white itu lebih logik untuk dibeli.
Ya, memang sukar mengawal 'gila' bila nampak baju bayi. Payahnya saya menjadi rasional bila melihat baju-baju berenda-renda itu. Ianya sangat comel untuk diabaikan.
Sebenarnya ia sudah banyak kali terjadi,awal Ramadhan itu, saya sudah dikerah mencari baju. Namun pada akhirnya saya tetap juga pulang menjinjing beg plastik berisi baju untuk Az zuhri, si abang 4 tahun yang ligat itu. Maaf ya umi, baju belang-belang merah kelabu itu sangat comel untuk dibiarkan bergantung tak dibawa pulang.
Harapnya perjalanan esok lancar. Tapi saya rasa sama seperti tahun-tahun lalu, saya jugalah yang terakhir sampai di rumah.
No comments:
Post a Comment
abjad yang tertaip