Tuesday, June 3, 2014

Sindrom Zombie

Saya ada banyak masalah. Masalah yang makin lama, terbiar, tak terselesaikan-gara-gara berpura-pura sibuk. Ya, sangat sibuk. sampaikan bila saya duduk diam-diam, saya terfikir, apa yang saya sibukkan ya?

Ya. Selepas beberapa hari menjadi semakin tua dengan angka yang signifikan, saya mula menyedari, saya telah menghidap satu sindrom.
Saya pun tak tahu, mahu menamakan sindrom itu sebagai apa. Yang penting ia membuatkan semangat saya menjunam jatuh.

Melihat dunia yang besar, membuatkan saya terasa kecil sangat untuk melangkah.

1-Design.
Saya merasakan saya sudah boleh design apa yang saya fikirkan, sehinggalah saya menjumpai orang-orang yang hebat. Melihat kembali pada diri, secubit kuman sahaja! tahun 2009 mula mendesign? saya baru pandai ketik papan kekunci. Jadi, jujurnya saya sudah tidak enjoy, setiap kali saya mendesign, saya terlihat jeliran lidah-woi newbie! apa sangatlah apa yang saya buat ni. Apa pun tak tahu. Sedangkan di hujung sana, mereka menunggu saya "Bila kau nak buat next job?"

Rasa macam looser! Apa pun tak boleh buat!

2-Lukis
Dahulu, melihat lukisan orang, saya akan terfikir, aku boleh buat baik daripada ini.
Saya berjalan terus, lupa yang tangan boleh mengeras. keras dengan formula kimia, info bio, fakta fizik. dan semua terkubur. Dan saya tersedar, bila melihat dunia, rupanya besar. saya juga yang terus begitu. kecil dan mengecil. bila saya cuba memegang semula pensel, ternyata orang akan tanya "kau conteng apa?"

3-Menulis.
Melihat buku daripada perspektif yang berbeza membuatkan ketakutan itu menjadi besar. Sedangkan ramai orang berkata-setengah perkara akan berjalan lancar bila kita memulakan dengan mata yang terpejam. masalahnya saya tak boleh lupakan semua cerita di sebalik sebuah buku. cerita semua buku sama, pasti ada yang menyuntingnya. Ada perih di sana. JAdi, semua terperuk saja. ya semua tulisan saya itu.

Pengetahuan dan kesedaran serta pengalaman membuatkan kita lagi takut untuk terus melangkah? sindrom apakah ini?

BErikan saya satu dos doa, supaya saya kembali normal.
Saya mula percaya rupanya zombie itu wujud. Kalau kamu berjumpa saya dengan membawa sayur, jangan hampiri saya. Nanti habis sayur kamu digigit.


No comments:

Post a Comment

abjad yang tertaip