Hhaaah!! Saya tak tahan, saya nak masuk pertandingan tu, sahabat saya tak bagi, masalahnya dah menggeletar nak melukis.
dua malam saya dah bayangkan lukisan saya diabadikan di atas canvas. Last sekali saya tetap tak dibenarkan melukis di merdeka square nanti.
dan saya nekad. cuti separuh hari yang saya ambil, saya betul-betul gunakan. rumah kosong. tools yang tak seberapa, yang saya jumpa, saya degilkan,-walaupun dikatakan sebagai tools yang salah- saya teruskan juga.
part pertama adalah, bagaimana nak melukis di atas dinding? dinding manakah yang akan menjadi mangsa? langkah pertama adalah mengADAkan dinding mudah alih. Ini rumah sewa, mahu mengamuk tuan rumah, menengok rumahnya hancur. itu belum lagi kira rumet yang kut kut tak suka contengan saya.
Canvas kononnya |
Hanya itu yang sempat di sketch, dan saya tak sabar untuk menunggu sehingga sketch ini siap, saya terus realisasikan atas canvas
Dan dengan perasaan bercampur baur
Dan dengan perasaan bercampur baur
1-geram: sebab tak dapat nak masuk battle doodle.
2-excited: tak pernah melukis atas dinding!!
3-malas: sebab besar sangat.
pensel saya keluarkan dan tarikan. gasak la!!
tak menunggu-nunggu, outline terus saya tindan dengan marker, berapa tindanan entah, sebab diameter pen tak cukup besar. inilah yang dikatakan oleh sahabat saya, tak cukup tools.
Bila outline dah siap, coretan saya tak simetri, walhal ciri utama khufi ialah simetri. sukatilah... Semangat saya merundum jatuh.
saya berhenti sebentar, fb sekejap, google sekejap. dan sambung.
sampai satu tahap, saya mula menggunakan brush, yang kali terakhir saya pegang dan gunakan atas canvas adalah 3 tahun lepas!!
Wah! I got the feeling.
Saya terus berada dalam dunia saya. Mulanya saya tengok juga sketch book saya, lama-lama, saya melepaskan diri dari 'ikatan' tersebut. melukislah dengan hati dan jiwa. merdekakan jiwa dan fikiran. wah! mula-mula tertekan juga bila brush itu tak menurut perintah. selama ni guna marker saja. bila guna brush saya treat dia seperti marker juga, manakan sama! Sampai ketahap kedua-inking part2 kulisan tu,i get used. wah!! Suka brush!
I love the way the brush stop at. Ini antara bahagian kegemaran saya. saya teringatkan sahabat saya yang bermuram durja kerana kekalahan harimau malaya semalam.
nampak tak stroke yang tak meyakinkan tu? saya anggap sajaa sebagai seni. ahah!
Snake Tail |
part ini sudah tiada idea, jadi ini stroke bebas.
Ada bahagian yang saya memang tiada idea, dan hanya lukiskan untuk memenuhi ruang.
Bahagian gembira. Bila melukis bahagian ini, saya rasa bebas. dan gembira.
saya boleh kembali ke gaya doodle yang biasa saya buat, jika tidak dalam tema zentangle. tapi gaya yang saya suka ini, perlukan latihan yang baik, untuk diabadikan di kanvas sebesar ini. dan kena fikir, untuk zentangle begini, saya hanya mengikut tarian jemari, dan fikiran. pergh!!
dan! akhirnya, selepas 2 jam lebih sikit, siaplah!!
Kufi. |
zoom in.
Canvas dah diturunkan dari dinding, kalau saya duduk bilik ini seorang, tak mengapa juga,kenalah hormat yang lain. kalau diikutkan saya mahu tidur dengan canvas ni,-tapi bau banner ni busuklah pula-
tengok lama mana pun tak bosan. -untuk masa dua hari ni lah- kembang saja jiwa.
Puas!!! puas hati. walaupun ramai kata "ini kerja gila!!" Yalah, gila. saya ambil cuti half day hanya untuk buat ini??
Rasional apa. Saya tak boleh melukis dalam keadaan bising, ada orang kat tepi-tepi. komen itu, komen ini. - Haih! macam manalah nak bertanding di khalayak ramai ni??- JAdi, saya buat ketika rumah ini kosong. jam 7.24 malam siap! rumah dah mula bising, dan idea sudah tertutup. Menjerit satu rumah melihat kegilaan saya.Dan saya pun merasakan saya ini gila. Apa pun puas hati. dan saya rasa juga gembira,walaupun tak dapat bertanding nanti, saya rasa juga seperti ini "feeling like an artist!"
Feeling like an artist! |
Moral of the story, tak, tak, moral yang saya dapat selepas buat ni, saya sedar, yang saya masih kena banyak belajar, dan meletakkan keyakinan diri tu berpada-pada. Orang yang nak bertanding esok tu, kerja dia memang hari-hari menghadap canvas. aku ni baru menconteng kat kertas, dah ada hati nak lawan depa? buat malu diri sendiri saja. Bila saya lihat balik, saya hanya menggunakan 4x4 kaki sahaja. 2 kaki lagi terbiar. dan masa yang saya perlukan lebih dari satu jam. lepas tu, tak touch up lagi, senget sana, senget sini.
Saya ambil iktibar dengan kata-kata dia. setahun lagi saya dah oleh jadi pro!!hahaha. dia tu suka buat saya terlambung ke langit.
Saya akur dengan kata-kata sahabat saya. Tahun depan saja kami masuk bertanding. duo player. what say you?
i have my passion. and this is my new passion.
No comments:
Post a Comment
abjad yang tertaip